Isotop Nitrogen

Tredapat dua isotop stabil: 14N dan 15N. Isotop yang paling banyak ialah 14N (99.634%), yang dihasilkan dalam kitar CNO dalam bintang-bintang dan yang selebihnya itu ialah 15N. Di antara sepuluh isotop yang dihasilkan secara sintetik, 13N mempunyai separuh hayat selama 9 minit dan yang selebihnya adalah pada tertib saat atau lebih kecil daripada itu.Tindak balas perantaraan biologi (contoh asimilasi, nitrifikasi, dan denitrifikasi) mengawal atur ketat dinamik nitrogen di dalam tanah. Tindakbalas-tindakbalas ini sering mengakibatkan pengayaan 15N substrat and penyusutan produk tersebut. Walaupun pemendakan sering kali mengandungi kandungan ammonium and nitrat, tetapi oleh kerana ammonium lebih digemari untuk dikekalkan pada kanopi berbanding dengan nitrat atmosfera, kebanyakan nitrogen atmosfera yang sampai ke permukaan tanah adalah dalam bentuk nitrat. Nitrat tanah adalah lebih digemari untuk diasimilasikan oleh akar pokok berbanding dengan ammonium tanah.