Kegunaan Nitrogen

Sebatian nitrogen

Nitrogen molekul dalam atmosfera adalah secara relatifnya tak reaktif, tetapi dalam alam semulajadi ia dengan perlahan ditukar menjadi sebatian berguna dalam biologi (dan industri) oleh sesetengah organisma, lebih jelas pada sesetengah bakteria (lihat peranan biologi di bawah). Kebolehan untuk menggabungkan atau mengikat nitrogen adalah merupakan ciri utama kimia perindustrian moden, di mana nitrogen dan gas asli ditukar menjadi ammonia melalui Proses Haber. Ammonia pula boleh digunakan secara terus (terutamanya sebagai baja), atau sebagai bahan mentah kepada kebanyakan hasil seperti bahan letupan, kebanyakannya melalui penghasilan asid nitrik dalam proses Ostwald.

Garam-garam asid nitrik termasuklah sebatian penting seperti kalium nitrat dan ammonium nitrat, sejenis baja penting. Pelbagai jenis sebatian organik bernitrat lain, seperti nitrogliserin dan trinitrotoluena, digunakan sebagai bahan letupan. Asid nitrik digunakan sebagai bahan pengoksida dalam roket bahan api cecair. Hidrazina dan terbitan hidrazina digunakan sebagai bahan api roket.

Nitrogen molekul (gas dan cecair)

Gas nitrogen terhasil dengan membolehkan cecair nitrogen (lihat di bawah) dipanaskan dan mengewap. Ia mempunyai pelbagai penggunaan, termasuk berperanan sebagai pengganti kepada udara sebagai bahan lengai apabila pengoksidaan tidak dikehendaki;

  • mengekal kesegaran makanan yang dibungkus atau makanan pukal (dengan melambatkan ketengikan dan lain-lain bentuk kerosakan akibat pengoksidaan)
  • di atas permukaan bahan letupan cecair untuk keselamatan
  • dalam penghasilan peranti-peranti elektronik seperti transistor, diod, dan litar bersepadu.
  • dalam perusahaan besi waja
  • untuk mengisi tayar kenderaan dan pesawat

Berbeza daripada sesetengah pendapat, nitrogen tidak meresap keluar daripada tayar getah lebih lambat daripada udara. Udara sebenarnya mengandungi kebanyakan campuran nitrogen dan oksigen (iaitu N2 dan O2), dan molekul nitrogen adalah lebih kecil. Sekiranya semua malar, molekul kecil akan meresap melalui bahan telap lebih cepat.

Contoh lanjut mengenai kepelbagaian penggunaannya adalah penggunaannya sebagai alternatif pilihan kepada karbon dioksida dalam memberi tekanan dalam tong bir, terutamanya staut, kerana buih kecil yang terhasil, yang menyebabkan bir yang dituang lebih lembut. Penggunaan moden ialah kapsul nitrogen peka tekanan yang dikenali sebagai "widget" yang membolehkan bir berisi nitrogen dipek dalam tin dan botol.

Cecair nitrogen dihasilkan dalam perindustrian pada kuantiti yang banyak melalui penapisan daripada udara cecair dan selalunya disingkatkan dalam kuasi-formulaLN2 (tetapi lebih tepat ditulis sebagai N2(l)). Ia adalah bendalir kriogenik (sangat sejuk) yang boleh mengakibatkan ketipan ibun (frostbite) sekiranya disentuh secara terus. Apabila ditebat dengan secukupnya daripada haba ambien, ia boleh berperanan sebagai sumber gas nitrogen tanpa tekanan yang senang dibawa dan padat. Tambahan pula, kebolehannya unutk mengekalkan suhu beratus-ratus darjah di bawah takat beku air apabila ia mengewap(77 K, -196 °C or -320 °F) menjadikannya sangat berguna dalam pelbagai jenis kegunaan sebagai bahan penyejuk kitar terbuka, termasuk;