Politik Noh_bin_Omar

Beliau memulakan arena politiknya setelah menyertai UMNO di cawangan Parit 2, Sungai Burong , Selangor. Beliau pernah memikul tugas banyak jawatan dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2004. Beliau juga pernah dipilih sebagai Pengerusi, Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negeri serta Presiden Kelab UMNO di United Kingdom dan Eire.

Pada tahun 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Tanjung Karang dan mempertahankan pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Noh Bin Omar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tanjong Karang , negeri Selangor. Noh Bin Omar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16073.

Calon lawan ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin dari PAS mendapat 12,253 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 674.