Nomark Nomos_(Mesir)

Patung-patung kayu ditemui di makam Mesehti, nomark dinasti ke-11: tentera Mesir Dinasti ke-11

Dalam sebahagian besar sejarah, setiap nomos diketuai oleh seorang nomark. Jawatan nomark kadangkala diwarisi, sementara pada masa lain mereka dilantik oleh firaun. Umumnya, apabila kerajaan negara lebih kuat, nomark ialah gabenor yang dilantik oleh raja. Apabila kerajaan pusat lebih lemah pula—seperti semasa pencerobohan asing atau perang saudara—nomos-nomos akan berautonomi dan wujudkan wariskan jawatan mereka.[3] Konflik antara nomarki-nomarki berketurunan ini perkara biasa, terutamanya semasa Tempoh Perantaraan Pertama, semasa kuasa pusat runtuh dari Dinasti ke-7 – 11, yang berakhir apabila salah seorang pemerintah tempatan menjadi cukup kuat untuk mengawal seluruh negara sebagai firaun.