Sejarah Nomos_(Mesir)

Mesir Dinastik

Namos & bandar-bandar Mesir dalam hieroglif

Pembahagian Mesir purba kepada nomos bermula sejak Mesir prasejarah (sebelum 3100 SM). Nomos-nomos ini pada asalnya wujud sebagai negara-negara kota berautonomi[perlu rujukan] tetapi kemudiannya mula bersatu. Menurut pengisahan purba, pemerintah bernama Menes yang akhirnya menyatukan semua nomos.[6]

Pembahagian kepada nomos ini bukan sahaja kekal selama lebih daripada tiga alaf, malah setiap nomos dan susunannya sangat stabil. Sesetengahnya, seperti Xois di Delta Nil atau Khent di Mesir Hulu, pertama kali disebut pada Batu Palermo, yang ditulis pada Dinasti Kelima. Nama beberapa nomos, seperti Bubastis, muncul seawal-awalnya pada zaman Kerajaan Baru. Sepanjang kebanyakan sejarah Mesir di bawah firaun, Mesir terbahagi kepada 42 nomos.

Nomos Mesir Hilir

Nomos Mesir Hilir

Mesir Hilir (Bahasa Mesir: "Ā-meḥty"), dari ibu kota Kerajaan Lama Memphis ke Laut Mediterranean, terdiri daripada 20 nomos. Yang pertama berpusat di sekitar Memphis, Saqqara dan Giza, di kawasan Kaherah zaman moden. Nomos-nomosnya dinomborkan dengan agak tertib dari arah selatan ke utara seluruh Delta Nil, bermula dengan belah barat ke timur. Iskandariah berada di Nomos Ketiga; Bubastis berada di Kelapan Belas.

  1. Namos Dinding Putih
  2. Tanah pengembara
  3. Tanah lembu
  4. Tanah perisai selatan
  5. Tanah perisai utara
  6. Tanah lembu gunung
  7. Tanah tempuling barat
  8. Tanah tempuling timur
  9. Tanah dewa Andjety
  10. Tanah lembu hitam
  11. Tanah lembu Heseb
  12. Tanah anak dan ibu lembu
  13. Tanah Cokmar Makmur
  14. Tanah Paling Timur
  15. Tanah Ibis-Tehut
  16. Tanah Ikan
  17. Tanah Takhta
  18. Putera tanah Selatan
  19. Putera tanah Utara
  20. Tanah Falkon Berjambul Sopdu

Nomos Mesir Hulu

Nomos Mesir Hulu Nomos Mesir Pertengahan

Mesir Hulu dibahagikan kepada 22 nomos. Yang pertama ini berpusat di Elephantine berhampiran sempadan Mesir dan Nubia di Riam Pertama—kini di Aswan. Dari situ, nombornya mengikut tertib menaik sepanjang lembah Nil. Waset (Thebes purba atau Luxor kini) berada di Nomos Keempat, Amarna pada Nomos Keempat Belas, dan Meidum pada Nomos Dua Puluh Satu.

  1. Tanah Busur
  2. Tanah Takhta Horus
  3. Tanah Keramat
  4. Tanah Cokmar
  5. Tanah Dua Falkon
  6. Tanah Buaya
  7. Tanah Sistrum
  8. Tanah Besar
  9. Tanah Dewa Min
  10. Tanah Ular Tedung
  11. Tanah haiwan Sha-Set
  12. Tanah Ular Kapak Gunung
  13. Tanah Pokok Ara Hulu dan Ular Kapak
  14. Tanah Pokok Ara Hilir dan Ular Kapak
  15. Tanah Kelinci
  16. Nomos Oryc
  17. Tanah Anubis
  18. Tanah Set
  19. Tanah Dua Cokmar
  20. Tanah Pokok Ara Selatan
  21. Tanah Pokok Ara Utara
  22. Tanah Pisau

Mesir Ptolemaik

Beberapa nomos telah ditambah atau dinamakan semula semasa zaman Yunani dan Rom menduduki Mesir.[7] Contohnya, kerabat Ptolemy menukarkan nomos Krokodilopolis kepada Arsinoe. Hadrianus telah mencipta nomos baru, Antinoopolites, yang mana Antinoöpolis ialah ibu kotanya.

Mesir Rom

Nomos kekal sehingga zaman Rom. Di bawah pemerintahan Rom, setiap nomos menghasilkan syiling sendiri, yang dipanggil "syiling nomos", yang masih mencerminkan kepercayaan dan tradisi tempatan. Nomos-nomos Mesir kekal sebagai unit pentadbiran sehinggalah asas birokrasinya dirombak semasa pemerintahan Diocletianus dan Constantinus I.

Dari 307/8 TM, nomos digantikan dengan unit yang lebih kecil dipanggil pagus. Kemudian muncul pegawai-pegawai tempatan yang berkuasa dipanggil pagark, yang semua pertolongan naungan perlu lepasi. Peranan penting pagark ialah mengatur kutipan cukai. Lama-kelamaan, pagark juga mengambil alih beberapa tugas ketenteraan. Pagark selalunya pemilik tanah kaya yang menguasai pagus asal mereka.