Kerjaya Nora_Danish

2005–2010

Pada tahun 2005, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.[3] Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr. Lisa dalam filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita lakonan kumpulan Senario.

Beliau menjayakan watak sebagai serikandi Tun Fatimah dalam drama sejarah Pendekar 5 yang disiarkan di TV9 bermula 24 Oktober 2007.[4][5] Setahun kemudian, beliau membintangi siri drama Gadis Cuci musim pertama. Beliau berlakon bersama dramatis Ryzal Jaafar menerusi drama Slot Lagenda TV3 Sumpah Bunian yang bersiaran pada 30 September 2009, Nora memegang watak gadis bunian bernama Hawa.[6][7]

Pada 31 Mei 2010, Nora menjayakan peranan Cempaka dalam siri drama epik fantasi TV3. Arjuna terbitan KRU. Nora memegang watak Eava Ealiana, seorang pengarah di syarikat bapanya dan kepentingan cinta Omar Rudy lakonan Farid Kamil dalam filem drama romantik 2010, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.[8] Filem ini menandakan gandingan sulung Nora dan Farid, ditayangkan pada 21 Oktober 2010.[8]

Nora menjayakan peranan judul dalam drama Ana lu'lu arahan pertama Pierre Andre untuk siaran di Slot Lestary TV3. Ia mengisahkan seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya, ia turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Wawa Zainal dan Kamal Adli.[9]

2011–kini

Nora digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri drama Khurafat The Series, adaptasi daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria, Nora memegamg watak sebagai Mastura.[10] Nora berpasangan bersama Ady Putra dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[11] Juga pada 2012, Nora digandingkan bersama penyanyi dan pelakon Syed Hussein dalam drama waktu perdana Ariana Mikhail di TV9.[12]

Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam tiga filem serentak—Lagenda Budak Hostel,[13] Mencari Cinta[14] dan 2 Kalimah.[15] Pada Jun 2014, selepas kali terakhir membintangi dua filem terdahulu (Cuti-Cuti Cinta dan Bencinta), Nora digandingkan sekali lagi bersama Farid Kamil dalam filem seram Pengantin Malam arahan Eyra Rahman. Beliau mendedahkan beberapa ulasan di akaun Instagram rasmi beliau mengenai filem ini.[16][17] Nora memegang watak Maya, isteri kepada Razif yang sering kali diganggu kejadian mistik sehingga menyebabkan hidupnya sengsara dan dan hilang ingatan.[18]

Nora digandingkan kembali bersama Ady Putra dalam filem romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[19][20] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[21][22]

Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Nora berlakon bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi Polis EVO, beliau memegang watak sebagai Anis.[23] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem.[24] Nora kembali bekerja di bawah arahan Ghaz menerusi telefilem Lampu Merah yang diterbitkan untuk Karya 12 Astro Citra; Nora memegang watak gadis psiko yang mengejar seorang pemandu Uber. Ia turut dibintangi oleh personaliti media sosial popular, Ucopp.[25]

Nora tampil berkolaborasi bersama penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single "Ini Lagi Boom" terbitan KRU Music yang dikeluarkan pada 9 Januari 2017.[26][27][28][29]

Beliau membintangi bersama pelakon Indonesia, Fedi Nuril dan Laudya Chintya Bella dalam filem drama keagamaan Surga yang Tak Dirindukan 2 arahan Hanung Bramantyo yang mana beliau memegang watak sebagai Sheila.[30][31] Filem ini menandakan penampilan filem Indonesia pertama Nora.[32]

Nora digandingkan bersama Syamsul Yusof dalam filem drama biografi romantik Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak sebagai Sofea. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[33] Beliau menjayakan peranan utama sebagai Dewi dalam filem drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman dan Herdanius Larobu yang ditayangkan pada 25 Januari 2018. Filem ini turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fachry Albar dan Donita.[34][35][36]

Pada 19 April 2018, The Malay Mail melaporkan bahawa Nora akan kembali aktif berlakon selepas Hari Raya Aidilfitri.[37] Beliau menjadi pengacara jemputan untuk MeleTOP bersama Nabil Ahmad di Astro Ria pada 17 Julai 2018.[38]

Nora kembali digandingkan bersama Kamal Adli menerusi telefilem Hingga Jumpa Lagi yang memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 17 November 2018.

Rujukan

WikiPedia: Nora_Danish http://www.azhan.co/biodata-nora-danish-artis-pali... http://english.astroawani.com/entertainment-news/n... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nora-dani... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/puas-berl... http://www.budiey.com/drama-lagenda-puteri-bunian/ http://www.budiey.com/nora-danish-ijoy-pemenang-pa... http://www.budiey.com/senarai-pencalonan-anugerah-... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://galaksi-media.com/hiburan-farid-kamil-dan-n... http://www.gempak.com/artikel/1369/nora-danish-psi...