Noraniza_Idris
Noraniza_Idris

Noraniza_Idris

Nor Aniza binti Haji Idris (lahir pada 27 Ogos 1968 [Nota 1]) atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M.Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram. Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia. Sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya. Sepanjang karier seninya sejak 1985, beliau telah melahirkan 13 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet. Pada masa yang sama, Noraniza telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.

Berkaitan