Nordin_Salleh

Datuk Nordin Salleh[1] merupakan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Tumpat yang ditubuhkan pada 2016 lalu. Beliau juga adalah bekas ADUN Kelantan bagi kawasan Sungai Pinang, Tumpat dari 1990-1991. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perbadanan kerana pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.