Noreen_Noor
Noreen_Noor

Noreen_Noor

Noreen Noor atau nama sebenar, Noraini Mohamad Noor[2], merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon yang dilahirkan di Singapura[3] sekitar tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Kepastian bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah Dariku Untukmu, Air Mata dan Sunyi. Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya adalah dalam filem Talak pada tahun 1984. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti Hantu Siang (1986), Wira Angkasa (1987) dan Pelumba Malam (1989).[4]Noraini Mohamad Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.[5]Noreen turut berlakon dalam filem Raya Tak Jadi (2011) arahan Prof Madya A Razak Mohaideen.[6]