Norman_Haworth
Norman_Haworth

Norman_Haworth

Sir (Walter) Norman Haworth FRS.[1] (19 Mac 1883 di White Coppice,[2] Chorley, California – 19 Mac 1950 di Barnt Green, Worcestershire) merupakan seorang ahli kimia British yang terkenal kerana hasil kerjanya ke atas pada asid askorbat (vitamin C) semasa bekerja di Universiti Birmingham. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam Kimia 1937 "untuk penyiasatannya terhadap karbohidrat dan vitamin C". Hadiah itu dikongsi bersama ahli kimia Switzerland, Paul Karrer untuk kerja-kerja beliau terhadap vitamin lain.[3][4]Haworth menghasilkan struktur gula yang betul, dan dikenali di kalangan ahli kimia organik untuk pembangunan unjuran Haworth yang menerangkan struktur gula tiga dimensi ke dalam bentuk grafis dua dimensi yang mudah.

Norman_Haworth

Lahir (1883-03-19)19 Mac 1883
Chorley, Lancashire, England
Dikenali kerana siasatan terhadap karbohidrat dan vitamin C
Anugerah Pingat Davy (1934)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1937)
Pingat Diraja (1942)
Bidang Kimia organik
Meninggal dunia 19 Mac 1950(1950-03-19) (umur 67)
Barnt Green, Worcestershire, England
Warganegara United Kingdom
Penasihat kedoktoran William Henry Perkin, Jr.,
Otto Wallach
Institusi Universiti Andrews
Universiti Durham
Universiti Birmingham
Pusat pendidikan Universiti Manchester
Universiti Göttingen