Norsehah_binti_Abu_Bakar

Norsehah Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Seha Freedom ataupun Seha (19 Mac 1962 - 11 Oktober 2006) merupakan penyanyi bagi kumpulan Freedom yang popular dengan lagu popular "Mulanya Di Sini", "Persamaan" dan "Jauh Di Rindu" "Seloka Cinta Remaja" ciptaan Datuk M. Nasir pada era 1980-an. Beliau berasal dari Air Putih, Kuantan , Pahang. Seha sebagai seorang yang periang, senang didekati, penghibur yang bagus serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.Shuaib Shaari, 48 merupakan rakan duet Seha dalam kumpulan Freedom. Seha tinggal di Villa Puteri Kondominium. Sebelum menyertai kumpulan Freedom, Seha merupakan ahli kumpulan Peppers.Selepas bercerai, Seha pernah bekerja di beberapa pub termasuk Piccadilly, Damansara. Seha mengakui kanser paru-parunya dikesan selepas bekerja di pub. Di tempat itu penuh asap rokok dan minuman keras.

Norsehah_binti_Abu_Bakar

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
3.1327365,101.6315676
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik
Pasangan Chris Lund Abdullah (1990-1998; bercerai)
Azmy Thamby Chik (2003-2006; kematiannya)
Anak Misha Kyrie Abu Bakar Lund
Karissa Iris Abu Bakar Lund
Nama lain Seha Freedom
Pengkarya berkait Kumpulan Freedom
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman EMI Music Malaysia
Terkenal kerana Lagu "Mulanya di Sini" bersama kumpulan Freedom
Meninggal dunia 11 Oktober 2006(2006-10-11) (umur 44)
Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Saudara Nordin Abu Bakar (abang)
Mohd Norbi Abu Bakar (adik)
Sebab kematian Kanser paru-paru
Kelahiran Norsehah binti Abu Bakar
(1962-03-19)19 Mac 1962
Air Putih, Kuantan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre Pop, balada
Tahun aktif 1987 - 2002