History O

Hieroglif Mesir `irO Proto-SemitikO PhoeniciaO EtruscanOmicron Greek

Huruf O berasal dari huruf Semitik `Ayin (mata) yang melambangkan konsonan, mungkin frikatif farinks bersuara (IPA: [ʕ]), yang juga dilambangkan oleh huruf Arab Bahasa Arab: ع‎ (`Ayn). Huruf Semitik dalam bentuk asalnya nampaknya diilhamkan oleh hieroglif Mesir untuk "mata".

Adalah dipercayai bahawa bangsa Yunani telah menimbulkan inovasi aksara huruf; oleh sebab tiadanya konsonan farinks, maka mereka meminjam hurif ini menjadi huruf omikron untuk menandakan bunyi /o/, iaitu bunyi yang dikekalkan huruf berkenaan dalam bahasa Etruskan dan Latin. Dalam tulisan Yunani, wujudnya bentuk lainan huruf ini agar membezakan bunyi o panjang (Omega, "O besar") daripada o kecil (Omikron, "o kecil").