Penggunaan O

Huruf O paling banyak dikaitkan dengan vokal belakang tutup-tengah berbundar [o] dalam pelbagai bahasa. Bentuk ini bergelar "long o" dalam bahasa Inggeris, tetapi bunyinya berbeza sebenarnya. Dalam loghat prestij British yang bernama Received Pronunciation, huruf o ini berbunyi diftong (əʊ); di Amerika pula /oʊ/.

Dalam bahasa Inggeris juga afa "short O" yang juga berbagai-bagai sebutannya. Dalam kebanyakan loghat England, huruf ini berbunyi vokal belakang luas berbundar [ɒ]; di Amerika Utara pula, bentuknya berbunyi vokal belakang atau tengah tak bundar, sama baik [ɒ] mahupun [a] bergantung pada loghat daerah.

Dalam IPA, [o] melambangkan vokal belakang tutup-tengah berbundar.