OLX

OLX ialah sebuah syarikat internet yang beroperasi di New York, Buenos Aires, Moscow, Beijing dan Mumbai. Laman web OLX ialah tempat pengurusan iklan yang dihasilkan oleh pengguna secara percuma di pelbagai lokasi di seluruh dunia dalam pelbagai kategori seperti Harta Tanah, Pekerjaan, Kereta, Untuk dijual, Perkhidmatan, Komuniti dan Peribadi.Syarikat ini telah ditubuhkan bersama pada bulan Mac 2006 oleh usahawan Internet Fabrice Grinda dan Alejandro Oxenford. Fabrice sebelum ini telah menubuhkan Zingy, sebuah syarikat nada dering telefon bimbit yang dijual kepada For-Side dengan harga $80 juta pada bulan Mei 2004.[1][2] Alec sebelum ini telah menubuhkan DeRemate, peneraju laman web lelongan dalam talian di Latin Amerika. DeRemate dijual kepada MercadoLibre.com, sebuah gabungan eBay, pada bulan November 2005.

OLX

Industri Iklan
Bilangan pekerja lebih kurang 120 orang
Perancang utama Fabrice Grinda, Pengasas bersama/CEO bersama dan A. C.F. Oxenford, Pengasas bersama/CEO bersama
Ibu pejabat New York, NY
Laman sesawang www.olx.com
Keluaran olx.com, mundoanuncio.com, edeng.cn
Ditubuhkan Mac 2006
Jenis Swasta