Jerman Oberst

Oberst (singkatan: O) ialah pangkat pegawai staf tertinggi dalam Tentera Darat Jerman (Heer), Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).

Lihat juga

⇒ Artikel: Pangkat Bundeswehr Jerman⇒ Artikel: Insignia pangkat Bundeswehr Jerman

Pangkat

Pangkat ini ditakrifkan OF-5 dalam NATO, dan merupakan gred A16 atau B6 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia setanding dalam NATO dengan OF-5 dan setara dengan:

Pada lencana bahu (Heer dan Luftwaffe) terdapat tiga pip (bintang) perak dalam lingkaran daun oak perak.

HeerLuftwaffe
  • Oberst i.G.
    (Bah. staf am)
  • Oberst
    (Pasukan logistik)
  • Oberst a.D.
    (Infantri mekanis bersara)
  • Oberst
    (sut tempur)
  • Oberst
    (Flecktarn)
Pangkat junior
Oberstleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst

Pangkat senior
Brigadegeneral

Sejarah

Oberst adalah perkataan Jerman. Dieja dengan huruf besar O, "Oberst" adalah kata nama dan mentakrifkan pangkat tentera Kolonel atau Grup Kapten. Dieja dengan huruf kecil o, atau "oberst", ia adalah kata sifat, bermaksud "atas, paling atas, paling tinggi, tertinggi, ketua, kepala, pertama, utama, atau terulung". Penggunaan kedua-duanya berasal dari bentuk superlatif ober(e), "atas" atau "paling atas".

Sebagai nama keluarga, Oberst adalah perkara biasa di barat daya Jerman, di kawasan yang dikenali sebagai Black Forest (Schwarzwald). Nama ini juga tertumpu di utara pusat kanton Switzerland (Aargau & Zürich). Disini versi Switzerland Oberst dieja Obrist. Nama ini mula-mula muncul pada abad ke-13 di kawasan sempadan Jerman-Switzerland, dan bentuk awal adalah Zoberist dan Oberist. Nama ini kemungkinan besar merujuk kepada "suku kaum yang hidup di puncak gunung" atau "keluarga yang hidup di kawasan tertinggi kampung".

Diterjemah sebagai "teratas" atau "tertinggi", pangkat Oberst boleh dijejak asal-usulnya dari Zaman Pertengahan dimana istilah itu mungkin menggambarkan kesateria kanan di medan pertempuran atau kapten senior didalam sebuah rejimen. Dengan kemunculan tentera profesional di abad ke-16 dan ke-17, seorang Oberst menjadi komander formasi bersaiz rejimen atau batalion.

Menjelang abad ke-18, Obersten lazimnya disediakan seorang juruiring yang berpangkat Leftenan, sering digelar Oberstleutnant. Ini membawa kepada pembentukan pangkat moden Jerman dengan nama yang sama, diterjemah sebagai Leftenan Kolonel. Pangkat Oberst adalah setara dengan Kolonel dalam tentera yang bertutur bahasa Inggeris, walaupun makna yang lebih tepat "tertinggi" merujuk kepada fakta bahawa Oberst adalah pegawai berpangkat tertinggi dibawah pegawai jeneral.

Oberst telah digunakan dalam angkatan tentera Jerman dan Austria semasa kedua-dua Perang Dunia. Oberst juga digunakan sebagai awalan pangkat SS bagi Oberstgruppenführer. Pangkat SS Standartenführer adalah setaraf dengan Oberst. Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua telah dipanggil Generaloberst. Sekali lagi, bukannya secara literal yang bermaksud Kolonel Jeneral, penterjemahan yang lebih tepat adalah "jeneral tertinggi" kerana ia biasanya pangkat tertinggi tentera di masa aman.

Oberst Heer (Panzergrenadiertruppe) Oberst Heer (Panzertruppe)pakaian celoreng Heer           Luftwaffe Oberst/ Oberst (Ing)Pelapik kolar Luftwaffe Sut terbang Luftwaffe