Operasi_Panzerfaust
Operasi_Panzerfaust

Operasi_Panzerfaust

Asia-PasifikMediterranean dan Timur TengahKempen lainRampasan kuasaOperasi Panzerfaust (Unternehmen Panzerfaust, "Operasi Armored Fist") adalah operasi ketenteraan yang dilakukan pada Oktober 1944 oleh Wehrmacht Jerman untuk memastikan Kerajaan Hungary akan kekal sebagai sekutu Jerman dalam Perang Dunia II. Apabila diktator Jerman Adolf Hitler menerima khabar yang Pemangku Raja Hungary, Laksamana Miklós Horthy, secara rahsia merundingkan penyerahan kalah negaranya kepada Tentera Merah, beliau menghantar ketua komando Otto Skorzeny dari Waffen-SS dan bekas komander pasukan operasi khas Adrian von Fölkersam ke Hungary. Hitler bimbang penyerahan kalah Hungary akan mendedahkan bahagian selatannya, dimana Kerajaan Beraja Romania baru saja bergabung dengan Soviet dan memisahkan sejuta askar Jerman yang masih memerangi kemaraan Soviet di rantau Balkan. Operasi ini telah didahului oleh Operasi Margarethe pada Mac 1944, iaitu penjajahan Hungary oleh tentera Jerman, yang mana Hitler berharap dapat mengukuhkan tempat Hungary dalam kuasa Paksi.[1]