Perang_Dunia_II_Kancah_Mediterranean_dan_Timur_Tengah
Perang_Dunia_II_Kancah_Mediterranean_dan_Timur_Tengah

Perang_Dunia_II_Kancah_Mediterranean_dan_Timur_Tengah

 United Kingdom
 Amerika Syarikat (1942–45)
India British
 Perancis
 Poland
 Australia
 Canada
Greece (1941)
 Yugoslavia (1941–45)
 New Zealand
 Brazil
 Itali (1943–45)
...dan lain-lain Jerman Nazi
 Itali (1940–43)
Republik Sosial Itali (1943-45)
...dan lain-lain Vichy Perancis (1940–42) Benito Mussolini 
Pietro Badoglio
Ugo Cavallero   Asia dan Pasifik
China – Lautan Pasifik – Asia Tenggara – Pasifik Barat Daya – Jepun – ManchuriaTimur Tengah, Mediterranean dan Afrika
Laut Mediterranean – Afrika Timur – Afrika Utara – Afrika Barat – Balkan (1939-41) – Timur Laut – Yugoslavia – Madagascar – ItaliLain-lain
Atlantik – Pengeboman strategik – Amerika Utara – Artik – Antartika – Caribbean – AustraliaKancah Mediterranean dan Timur Tengah ialah medan operasi utama semasa Perang Dunia II. Saiz Kancah Mediterranean dan Timur Tengah yang luas menyaksikan pertembungan kempen ketenteraan dari darat, laut, dan udara bagi menguasai Mediterranean, Afrika Utara, Tanduk Afrika, Eropah Timur, Eropah Selatan. Peperangan di medan ini bermula dari 10 Jun 1940, setelah Itali menyertai perang di pihak Jerman, sehingga 2 Mei 1945 apabila keseluruhan tentera Paksi di Itali menyerah kalah. Bagaimanapun, pertempuran masih berterusan di Greece – dimana tentera British telah dihantar bagi membantu kerajaan Greece – semasa peringkat awal Perang Saudara Greece.Pihak British menggelar medan ini sebagai Kancah Mediterranean dan Timur Tengah (diberi nama mengikut lokasi dan ibupejabat yang mengawal operasi perang: Markas Timur Tengah) manakala pihak Amerika memanggilnya medan operasi Kancah Peperangan Mediterranean. Pihak Jerman pula menamakannya 'Mediterranean, Eropah Tenggara, dan Afrika Utara 1939–1942'. Tanpa mengambil kira akan saiz medan ini, beberapa kempen dilihat bukan sebagai kawasan operasi yang berasingan tetapi sebahagian daripada medan perang yang luas.Fasis Itali berhasrat untuk membina Empayar Rom yang baru, manakala tentera British pada awalnya mahu mengekalkan status quo. Itali melancarkan beberapa serangan di sekitar Mediterranean, namun banyak yang gagal. Dengan kemasukan tentera Jerman, Yugoslavia dan Greece telah dijajah. Pihak Sekutu dan Paksi bertembung di kiri dan kanan seluruh Afrika Utara, dengan campur tangan Paksi di Timur Tengah menyebabkan peperangan merebak disana. Bersama keyakinan yang tinggi, pihak Jerman merancang serangan rumit untuk menakluk Timur Tengah dan kemudian diikuti serangan ke sempadan selatan Soviet Union. Bagaimanapun, selepas tiga tahun peperangan, tentera Paksi telah dikalahkan di Afrika Utara dan campur tangan mereka di Timur Tengah telah berhenti. Tentera Bersekutu kemudian memulakan satu pencerobohan keatas Eropah Selatan, menyebabkan Itali beralih arah dan menyingkirkan Mussolini. Satu pertempuran yang panjang berlaku di Itali, dan apabila strategi keadaan berubah di tenggara Eropah, tentera British kembali ke Greece.Medan peperangan ini, yang paling lama dalam Perang Dunia Kedua, menyebabkan kemusnahan Empayar Itali dan mengubah kedudukan strategik Jerman serta menyebabkan banyak divisyen tenteranya dikerahkan ke Afrika dan Itali dan jumlah kerugian (termasuk yang ditawan pada penyerahan kalah terakhir) menjadi lebih setengah juta orang. Kerugian bagi pihak Itali, dalam medan ini, berjumlah 177,000 orang dengan beberapa lagi ratus ribu orang ditawan semasa proses kempen. Kerugian British berjumlah lebih 300,000 orang terkorban, cedera, atau ditawan, dan jumlah kerugian Amerika dalam kancah ini ialah 130,000 orang.