Oreo_(Biskut)
Oreo_(Biskut)

Oreo_(Biskut)

Oreo adalah tanda dagangan/jenama yang dilindungi bagi sejenis biskut yang dikeluarkan oleh Nabisco, pertama kali pada tahun 1912. Terdiri dari pelbagai kelainan biskut coklat bermula dari produk biskut wafer bergulung sehinggalah kepada biskut coklat yang berintikan krim putih vanila, coklat, krim berperisa strawberi atau krim kacang di tengahnya. Salah satu cara popular untuk memakan biskut Oreo adalah dengan mencelupkannya ke dalam susu.Selain itu Oreo juga digunakan sebagai bahan penambah untuk makanan sejuk beku yang lain, misalnya susu kocak, aiskrim dan Oreo goreng.