PP-19_Bizon

Perang Chechnya Kedua[perlu rujukan]Perang Ossetia Sepatan 2008[perlu rujukan]PP-19 Bizon (Rusia: Пистолет Пулемёт Бизонcode: ru is deprecated , Pistolet Pulemyot Bizon, "Bison") ialah pistol mesin berpeluru Makarov 9×18mm yang dibangunkan pada tahun 1993 oleh syarikat senjata api Russia Izhmash. Bizon direka oleh pasukan jurutera yang diketuai oleh Victor Kalashnikov (anak daripada ahli jurutera tempur Mikhail Kalashnikov, pencipta AK-47) dan Alexei Dragunov (anak terakhir Yevgeny Dragunov, pencipta raifal tepat SVD).[1][2][3]Bizon dibangunkan atas permintaan Kementerian Dalam Negeri Russia (MVD), bagi pengasasan pistol mesin baharu.[3] Senjata ini dirancang terutamanya bagi unit anti-pengganas dan ejen penguatkuasaan dalam pertempuran jarak dekat. Senjata ini menghadapi peperiksaan oleh Institut Penyelidikan Peralatan Khas pada tahun 1995 dan menewaskan rancangan submesingan oleh pereka lain. Bizon rasmi diterima sebagai senjata rasmi perkhidmatan Angkatan Bersenjata Russia pada tarikh 28 Disember 1996.Selain kepada ketenteraan Russia, Bizon juga dirasmikan kepada unit tindak balas bersenjata bagi Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) dan Kementerian Kehakiman.

PP-19_Bizon

Tempat asal Russia
Dihasilkan 1996–sehingga kini
Sistem suapan magazin helikal 64 peluru magazin helikal (9×18mm Makarov)
magazin helikal 53-peluru (9×19mm Parabellum) (Bizon-2-01)
Dalam perkhidmatan 1996–sehingga kini
Jarak tembakan efektif 100 m (9×18mm Makarov)
200 m (9×19mm Parabellum)
Direka 1993–1995
Kadar tembakan 650–700 peluru/min
Kartrij 9×18mm Makarov
9×19mm Parabellum
.380 ACP (9×17mm pendek)
7.62×25mm Tokarev
Berat 2.1 kg (4.63 lb)
Perang Perang Dagestan[perlu rujukan]

Perang Chechnya Kedua[perlu rujukan]

Perang Ossetia Sepatan 2008[perlu rujukan]

Perang Russia-Ukraina 2022[perlu rujukan]
Panjang 660 mm (26.0 in) stock extended / 425 mm (16.7 in) stock folded (Bizon)
690 mm (27.2 in) stock extended / 460 mm (18.1 in) stock folded (Bizon-2)
Pereka Victor Kalashnikov, Alexei Dragunov
Digunakan oleh Russia
Vietnam
Panjang laras 195 mm (7.7 in) (Bizon)
230 mm (9.1 in) (Bizon-2 9×18mm Makarov)
225 mm (8.9 in) (Bizon-2-01 9×19mm Parabellum)
Halaju muncung 320 m/s (1,050 ft/s) (9×18mm Makarov)
380 m/s (1,246.7 ft/s) (9×19mm Parabellum)
Pengeluar Izhmash
Jenis Submesingan
Aksi Pukulan peluru, bolt tertutup