Pentadbiran Padang_Jawa

Pentadbiran Kampung Padang Jawa telah bermula sekitar tahun 1975 apabila persempadanan Daerah dilakukan semula bagi menentukan kawasan tadbiran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Shah Alam pada ketika itu Lembaga Bandaran Shah Alam sebelum bertukar menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam pada 7 Disember 1978. Persempadanan kawasan ini telah membahagikan kampung ini kepada 2 bahagian. Walau bagaimanapun, Ketua Kampung pada masa itu masih lagi di bawah seorang ketua. pada tahun 1978, Jawatankuasa Kampung Padang Jawa di bawah pentadbiran Daerah Petaling telah diwujudkan secara berasingan dan pengurusi JKKK yang pertama ialah Encik Abdul Hamed bin Saharudin. Beliau telah diwatikahkan sebagai Ketua Kampung pada tahun 1992 sehingga 2007.[1] Dari segi pentadbiran PBT, pada 1997 melalui Pelan Warta 1190 persempadanan PBT di Padang Jawa diseragamkan dan kedua-duanya diletakkan dibawah selian MBSA.