Pakem ialah
kecamatan di
Kabupaten Sleman,
Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta,
Indonesia. Luasnya 4,384
hektar, dengan
jumlah penduduk sebanyak 32,561 orang, iaitu 15,847 orang lelaki dan 16,714 orang perempuan. Kepadatan penduduknya 1,551 orang/km². Kecamatan Pakem terletak di sebelah utara
ibu kota Kabupaten Sleman dan disempadani oleh:Lokasi ibu kota kecamatan Pakem berada di 77.66708' LS 110.42011' BT, dan terletak 14 kilometer dari pusat pemerintahan (ibu kota) Kabupaten Sleman. Kecamatan Pakem berada di dataran tinggi, dengan ibu kotanya terletak setinggi 600
meter di
atas aras laut. Justera, sebagaimana dengan kawasan tinggi di daerah
tropika yang lain, Kecamatan Pakem beriklim sejuk sebagai ciri khasnya. Suhu tertinggi yang tercatat di Kecamatan Pakem ialah 32ºC, dengan suhu terendah 18ºC. Rupa bumi Kecamatan Pakem berbukit-bukit.Kecamatan Pakem terletak di lereng
Gunung Merapi, dengan
tarikan pelancongnya di Kaliurang menyebabkan sektor pelancongan menyumbangkan 40% daripada seluruh
Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK). Sektor ini masih dapat dikembangkan dengan mulai diperkenalkannya pelancongan alam jelajah merapi. Sektor lain yang menopang pertumbuhan ekonomi Kecamatan Pakem ialah sektor
pertanian yang menyumbangkan 25% daripada KDNK Kecamatan Pakem. Sebahagian besar penduduk Kecamatan Pakem ialah
petani.Di kecamatan ini juga terdapat
hospital kesihatan mental yang sekarang dinamai semula sebagai "Rumah Sakit Grhasia Yogyakarta", dengan khalayak Yogyakarta memberikannya
nama samaran sebagai "Sekolah di Pakem".