Sejarah Paparan_hablur_cecair

  • 1888: Friedrich Reinitzer (1858-1927) menemui sifat habluran cecair kolesterol yang diekstrak dari lobak merah (iaitu, dua titik lebur dan penghasilan warna) lalu menerbitkan penemuan beliau pada satu mesyuarat Persatuan Kimia Vienna pada 3 Mei 1888 (F. Reinitzer: Beiträge zur Kenntniss des Cholesterins, Monatshefte für Chemie (Wien) 9, 421-441 (1888)).[1]
  • 1904: Otto Lehmann menerbitkan hasil kerja beliau "Hablur Cecair".
  • 1911: Charles Mauguin menghuraikan struktur dan sifat-sifat hablur cecair.
  • 1936: Syarikat Telegraf Wayarles Marconi mempatenkan aplikasi praktikal pertama dengan teknologi ini, iaitu "Injap Cahaya Hablur Cecair".
  • 1962: Penerbitan Bahasa Inggeris utama yang pertama mengenai subjek "Struktur Molekul dan Sifat-sifat Hablur Cecair", oleh Dr. George W. Gray.[2]
  • 1962: Richard Williams dari RCA menemui bahawa hablur cecair memiliki beberapa sifat-sifat elektro-optik yang menarik dan merealisasikan satu kesan elektro-optik dengan menjana corak jaluran dalam selapisan bahan hablur cecair nipis melalui pengenaan voltan. Kesan ini berasaskan satu ketidakstabilan elektro-hidrodinamik yang membentuk apa yang dikenali sebagai “domain Williams” dalam hablur cecair.[3]
  • 1964: Pada musim luruh tahun 1964, George H. Heilmeier yang mengkaji kesan yang ditemui oleh Williams dalam makmal RCA mendapati peralihan warna oleh penjajaran semula pencelup dikroik yang diaruh medan dalam satu hablur cecair yang berorientasikan homeotropik. Masalah-masalah praktikal dengan kesan elektro-optik baru ini mendorong Heilmeier untuk meneruskan kajian pada kesan-kesan serakan pada hablur cecair dan akhirnya merealisasikan paparan hablur cecair boleh guna yang terulung berasaskan apa yang dipanggil beliau sebagai mod serakan dinamik (dynamic scattering mode, DSM). Pengenaan voltan pada paparan DSM mengubah keadaan lapisan hablur cecair dari lutsinar hening menjadi keruh. Paparan DSM boleh dikendali dalam mod pancaran dan pantulan tetapi memerlukan arus yang secukupnya untuk mengalir untuk pengendaliannya.[4][5][6]

Kajian peloporan pada hablur cecair dijalani pada akhir 1960-an oleh Royal Radar Establishment di Malvern, UK. Pasukan di RRE menyokong penyelidikan yang berterusan oleh George Gray dan pasukannya di Universiti Hull yang akhirnya menemui hablur cecair cyanobiphenyl (yang memiliki sifat-sifat kestabilan dan suhu yang tepat untuk diaplikasikan dalam LCD).

  • 1970: Pada 4 Disember 1970, kesan medan nematik berlingkar dalam hablur cecair difailkan untuk dipatenkan oleh Hoffmann-LaRoche di Switzerland, (Swiss patent No. 532 261) apabila Wolfgang Helfrich dan Martin Schadt (yang ketika itu bertuga untuk makmal Penyelidikan Pusat) disenaraikan sebagai pencipta.[4] Hoffmann-La Roche kemudian melesenkan ciptaan itu kepada pengilang Switzerland Brown, Boveri & Cie yang menghasilkan paparan untuk jam tangan pada 1970-an, dan juga kepada industri elektronik Jepun yang kemudian menghasilkan jam tangan kuarza digital yang pertama dengan TN-LCD dan banyak lagi produk lain. James Fergason di Universiti Negeri Kent memfailkan paten yang serupa di AS pada 22 April 1971. Pada tahun 1971, syarikat Fergason ILIXCO (kini LXD Incorporated) menghasilkan LCD pertama yang berteraskan kesan TN, yangkemudian mengatasi jenis DSM yang bermutu rendah kerana peningkatan voltan operasi lebih rendah dan penggunaan kuasa lebih rendah.
  • 1972: Panel paparan hablur cecair matriks aktif yang pertama dihasilkan di Amerika Syarikat oleh T. Peter Brody.[7]

Huraian terperinci mengenai asal-usul dan sejarah rumit paparan hablur cecair dari sudut pandangan seorang dalam ketika zaman dahulu telah diterbitkan oleh Joseph A. Castellano dalam "Liquid Gold, The Story of Liquid Crystal Displays and the Creation of an Industry" [8].

Sejarah sama yang dilihat dari sudut pandangan berbeza telah dihuraikan dan diterbit oleh Hiroshi Kawamoto (The History of Liquid-Crystal Displays, Proc. IEEE, Vol. 90, No. 4, April 2002[9]), This paper is publicly available at the IEEE History Center.

Rujukan

WikiPedia: Paparan_hablur_cecair http://www.elis.ugent.be/ELISgroups/lcd/lc/lc.php http://www.interlight.biz/products.int?Category=LC... http://solutions.3m.com/wps/portal/3M/en_US/Vikuit... http://www.acceleratedanalysis.com/LC_hotspotdetec... http://www.auo.com/auoDEV/content/technology/techn... http://www.dnatechindia.com/index.php/Tutorials/80... http://www.pencomputing.com/frames/textblock_displ... http://www.presentationtek.com/2006/09/21/3lcd-mic... http://www.walyou.com/blog/2007/08/27/clean-your-l... http://liqcryst.chemie.uni-hamburg.de/lcionline/