Sekilas Paparan_hablur_cecair

Setiap piksel pada LCD biasanya terdiri daripada satu lapisan molekul dijajarkan di antara dua elektrod lutsinar, dan dua lapisan polarisasi yang paksi-paksi transmisinya (biasanya) tegak lurus antara satu sama lain. Tanpa hablur cecair di antara lapisan polarisasi, cahaya yang melalui lapisan pertama dihalang oleh pengutub (bersilang) yang kedua.

Permukaan elektrod-elektrod yang bersentuhan dengan bahan hablur cecair diproseskan agar dijajarkan dengan molekul-molekul hablur cecair dalam arah yang tertentu. Proses ini biasanya terdiri daripada satu lapisan polimer nipis yang digosokkan searah dengan, contohnya, menggunakan sehelai kain. Arah penjajaran hablur cecair kemudian ditentukan oleh arah gosokan.

Sebelum dikenakan medan elektrik, haluan molekul-molekul hablur cecair ditentukan oleh penjajaran pada permukaan. Dalam sejenis peranti nematik berlingkar (masih peranti hablur cecair yang paling laris), arah penjajaran permukaan pada kedua-dua elektrod adalah tegak lurus antara satu sama lain, maka molekul-molekul itu menyusun dirinya membentuk struktur heliks atau berlingkar. Oleh sebab bahan cecair hablur adalah dwirefringens, cahaya yang melalui satu penyaring pengutub diputarkan oleh heliks hablur cecair semasa melalui lapisan cecair hablur, maka membolehkannya melalui penyaring pengutub kedua. Separuh cahaya tujunya diserap oleh penyaring pengutub pertama, jika tidak seluruh susunannya adalah lutsinar.

Apabila voltan dikenakan merentasi elektrod, satu tork bertindak untuk menjajarkan molekul-molekul hablur cecair agar selari dengan medan elektrik, maka mengganggu struktur heliks (inipun ditahan oleh daya elastik kerana molekul-molekul dipaksa kekal pada permukaan). Ini mengurangkan putaran pengutuban cahaya tuju, maka peranti kelihatan berwarna kelabu. Jika voltan yang dikenakan cukup besar, molekul-molekul hablur cecair di tengah lapisan hampir tidak berlingkar sama sekali manakala pengutuban cahaya tuju tidak diputarkan semasa melalui lapisan hablur cecair. Cahaya ini kemudiannya boleh dikutubkan menjadi lurus tegak dengan penyaring kedua, dan maka itu dihalang dan pikselnya menjadi hitam. Dengan mengawal voltan yang dikenakan merentasi lapisan hablur cecair dalam setiap piksel, cahaya boleh dibenarkan lalu dalam pelbagai amaun, maka terbentuknya tahap-tahap kelabu yang berbeza.

Kesan optik peranti nematik berlingkar dalam keadaan voltan dipasang jauh kurang bergantung pada kelainan-kelainan pada ketebalan peranti berbanding dalam keadaan voltan ditutup. Oleh sebab itu, peranti-peranti ini biasanya dioperasi antara pengutub bersilang agar kelihatan terang tanpa voltan (mata jauh lebih peka terhadap kelainan-kelainan dalam bentuk gelap berbanding bentuk terang). Peranti-peranti ini boleh dikendali antara pengutub selari, yang mana bentuk terang dan gelap disongsangkan. Bagaimanapun, keadaan gelap voltan ditutup dalam konfigurasi ini kelihatan bertompok-tompok kerana kelainan-kelainan ketebalan yang kecil merentasi peranti ini.

Kedua-dua bahan hablur cecair dan lapisan penjajaran mengandungi sebatian-sebatian ionik. Jika satu medan elektrik bagi satu kekutuban tertentu dikenakan untuk jangka masa yang lama, bahan ionik ini akan tertarik pada permukaan lalu menjejaskan prestasi peranti. Ini boleh dielakkan sama ada dengan mengenakan arus ulang-alik atau menyongsangkan kekutuban medan elektrik yang ditetapkan dalam peranti (tindak balas lapisan hablur cecair adalah seiras, tanpa mengira kekutuban medan yang dikenakan).

Apabila sebilangan besar piksel diperlukan untuk paparan, adalah tidak sesuai untuk memacu setiap satu piksel secara terus kerana setiap piksel itu akan memerlukan elektrod-elektrod yang berasingan. Sebaliknya, paparannya dimultipleks. Dalam paparan yang dimultipleks, elektrod-elektrod pada satu sisi paparan dikumpulkan dan diikat bersama (biasanya secara berlajur), dan setiap kumpulan mendapat sumber voltan sendirinya. Di sisi yang lain, elektrod-elektrod turut dikumpulkan (biasanya secara berbaris), dan setiap kumpulan ada satu sink voltan. Kumpulan-kumpulan ini dibentuk agar setiap piksel ada kombinasi sumber dan sink yang unik dan tidak dikongsi. Elektronik, atau perisian yang memacu elektronik kemudian memasang sink-sink mengikut urutan, dan memacu sumber bagi piksel-piksel setiap sink.

Rujukan

WikiPedia: Paparan_hablur_cecair http://www.elis.ugent.be/ELISgroups/lcd/lc/lc.php http://www.interlight.biz/products.int?Category=LC... http://solutions.3m.com/wps/portal/3M/en_US/Vikuit... http://www.acceleratedanalysis.com/LC_hotspotdetec... http://www.auo.com/auoDEV/content/technology/techn... http://www.dnatechindia.com/index.php/Tutorials/80... http://www.pencomputing.com/frames/textblock_displ... http://www.presentationtek.com/2006/09/21/3lcd-mic... http://www.walyou.com/blog/2007/08/27/clean-your-l... http://liqcryst.chemie.uni-hamburg.de/lcionline/