Papilionidae
Papilionidae

Papilionidae

Terdapat 27 genus dan kira-kira 600 spesies:Papilionidae merupakan sebuah famili kupu-kupu yang besar dan berwarna-warni. Terdapat lebih 550 spesies,[1] walaupun sebilangan besarnya tropika, namun semua anggota famili ini terdapat di semua benua kecuali Antartika. Famili ini turut dianggotai oleh kupu-kupu yang tertinggi di dunia, iaitu kupu-kupu kepak burung asal Australia (genus Ornithoptera).[2]
Papilionidae berbeza dengan semua kupu-kupu lain dari segi beberapa sifat anatomi. Terutama sekali, beluncasnya mempunyai satu organ yang unik di belakang kepalanya, iaitu osmeterium. Anggota bercabang ini biasanya tersorok, tetapi boleh dikeluarkan apabila beluncas itu terancam, ataupun dipaksa keluar dengan picitan yang lembut, lalu merembeskan bahan busuk yang mengandungi terpena. Kupu-kupu dewasa lazimnya berekor cabang umpama burung layang-layang, maka gelarnya "kupu-kupu ekor layang-layang" atau swallowtail.