Taburan Papilionidae

Tepat pada tahun 2005, telah dikenalpastinya 552 spesies yang wujud[1] yang tertabur ke seluruh dunia (kecuali Antartika), baik di paras laut mahupun di gunung tinggi, seperti mana kebanyakan spesies Parnassius. Majoriti spesies Papilionidae dan kepelbagian yang terbesar dari segi bentuk dan gaya hidup terdapat di kawasan tropika antara 20°U dan 20°S,[3]: terutama sekali Asia Tenggara, dan juga di antara 20°U dan 40°U di Asia Timur. Hanya 12 spesies ditemui di Eropah[4] dan hanya satu spesies, iaitu Papilio machaon ditemui di Kepulauan British.[5] Di Amerika Utara tercatatnya 40 spesies yang termasuk spesies tropika dan Parnassius.[6]

Kupu-kupu ekor layang-layang yang paling utara habitatnya ialah Apollo Artik (Parnassius arcticus) yang terdapat dalam Bulatan Artik di timur laut Yakutia, pada altitud 1500 di atas paras laut.[7] Di banjaran Himalaya, pelbagai spesies Apollo seperti Parnassius epaphus antara lainnya telah dicatatkan hidup pada altitud 6,000 meter dari paras laut.[8]:221