Morfologi Papilionidae

Keterangan terperinci sifat-sifat morfologi Papilionidae, seperti yang dipetik dari Bingham (1905) adalah seperti berikut:[9]:1,2

Telur. "Berbentuk kubah, licin atau kabur segi-seginya, tinggi tidak melebihi lebar, agak liat, legap." (Doherty.)

Larva. Gempal, licin atau mempunyai serantaian tuberkel berdaging pada dorsum: sekali-sekali dengan bonjol timbul yang berdaging (iaitu 'tudung' atau 'jambul') pada segmen keempat yang juga tertebal di atas pada amnya. Segmen kedua mempunyai bukaan yang melintang yang mana larva boleh membonjolkan organ kelenjar berdaging yang tegak, bercabang dan merembeskan bau yang kuat, agak menyenangkan, tetapi sentiasa tajam.

Pupa. Berbagai-bagai bentuknya tetapi paling amnya melengkung ke belakang, sekali-sekali amat melengkung; cengkung, dengan kepala kontot atau bundar, lazimnya dwicabang; belakang abdomen yang licin atau tuberculate. Melekatkan diri dengan ekor, biasanya pada kedudukan tegak lurus, dan dikukuhkan lagi oleh lilitan sutera di keliling tengahnya. Yang anehnya bagi Parnassius, pupa terletak dalam sawang sutera yang longgar antara daun.

Imago. Kepak amat berbeza-beza bentuknya. Kepak belakang sentiasa berekor lampai, lebar atau berbentuk sudip, tetapi sentiasa merupakan sambungan termen pada urat 4. Bagi satu genus, iaitu Armandia, termen pada kepak belakang memanjang menjadi ekor pada hujung urat 2 dan 3 di samping urat 4. Kepak depan (kecuali genus-genus Parnassius dan Hypermnestra yang menyimpang) mempunyai kesemua 12 urat di sampiang urat dalaman yang pendek iaitu urat 1 a,[10] yang sentiasa tamat pada margin dorsal. Juga terdapat urat pendek melintang di dasar kepak di antara urat median dan urat 1a bagi semua genus kecuali Leptocircus, Armandia, Parnassius, dan Hypermnestra. Kepak belakang tiada urat 1a; urat prakosta dan sel prakosta terdapat sekali; margin dorsal digali untuk memperoleh, tetapi bagi yang jantan, selalunya terlipat dan tertaburnya sisik (androkona) atau bulu khusus dalam lipatan yang lazimnya berbau kuat. Sesungut agak pendek, Tubuh yang gempal; kancing di hujung abdomen jantan agak cukup tumbuh pada amnya, tetapi tiada bagi sesetengah bentuk. Enam kaki berjalan; cakar yang ringkas kecuali bagi satu bentuk Leptocircus yang cakarnya dwicabang.

Kitaran hidup Papilionidae – Papilio cresphontes (Papilio cresphontes)

  • Telur
  • Beluncas
  • Kepompong
  • Dewasa

Ciri-ciri tersendiri

Ciri-ciri utama yang membezakan Papilionidae dengan famili-famili kupu-kupu yang lain ialah:[2]

  • Adanya osmeterium, sejenis organ bercabang dan berdaging yang boleh diterbalikkan, terdapat dalam segmen protoraks beluncas.
  • Venasi pada kepak depan dewasa adalah tipikal bagi Papilionidae. Urat dubur kedua, 2A, menjangkau hingga margin kepak dan tidak bersambung dengan urat dubur pertama, 1A. Urat-urat ini bergabung bagi famili kupu-kupu lain dan 2A tidak mencapai margin kepak.
  • Sklerit serviks (leher membran antara kepala dan toraks) tergabung di bawah leher di mana terletaknya otot-otot untuk pergerakan kepala.
  • Beluncas Papilio machaon menerbalikkan osmeteriumnya sebagai pertahanan.
  • Kepak depan dewasa Graphium agetes. Urat dubur kedua, 2A, menjangkau hingga margin kepak dan tidak bersambung dengan urat dubur pertama, 1A.
  • Kepompong Papilionidae biasanya bergantung pada substrat oleh kremaster dan kepalanya dipegang oleh sawang sutera.