Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 (
Jawi: سوكن ڤاراليمڤيك موسيم ڤانس ٢٠٢٤;
bahasa Inggeris: 2024 Summer Paralympics;
bahasa Perancis: Jeux paralympiques d'été de 2024) atau secara rasminya
Sukan Paralimpik Musim Panas ke-17 (
bahasa Inggeris: 17th Summer Paralympics Games;
bahasa Perancis: XVIIes Jeux paralympiques d’été), turut dikenali sebagai
Paris 2024, merupakan satu acara sukan antarabangsa yang akan diadakan di
Paris,
Perancis dari 28 Ogos hingga 9 September 2024.
[1][2]Temasya ini merupakan kali pertama
Sukan Paralimpik dianjurkan di Paris dan turut merupakan Sukan Paralimpik Musim Panas pertama yang dianjurkan di negara Perancis. Perancis pernah menganjurkan
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1992 yang diadakan di
Tignes dan
Albertville. Temasya tersebut turut merupakan kali pertama Sukan Paralimpik Musim Sejuk diadakan di bandar yang sama dengan Sukan Olimpik. Sebanyak 22 acara sukan (sama seperti
Tokyo 2020) akan dipertandingkan dalam edisi sukan ini.
[3]Sebanyak lima bandar telah membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024, tetapi
Hamburg,
Rom dan
Budapest telah menarik diri dalam proses tersebut, dan akhirnya hanya tinggal Paris dan
Los Angeles yang membida. Paris diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 semasa
Sesi IOC ke-131 di
Lima,
Peru pada 13 September 2017, manakala
Los Angeles akan menganjurkan edisi
2028.
[4]