Karier Park_Ji-yeon

2008–2012

Beliau dan Eunjung merupakan dua ahli T-ara yang menerima latihan lakonan. Sebaliknya, kedua-dua beralih kepada nyanyian.[5][6]

Ji-yeon telah menyatakan minat dalam profesion model. Pada tahun 2008, ketika berumur 15 tahun, Ji-yeon telah ditampilkan dalam beberap iklan untuk Smart bersama kumpulan SHINee.[7] Beliau berkolaborasi bersama Davichi adan SeeYa untuk "Female Generation/Forever Love" yang dikeluarkan pada bulan Mei 2009. Beliau muncul dalam video muzik SG Wannabe untuk lagu "Saranghae" dan "My Love is Crying".

Pada tahun 2008, beliau memenangi Pertandingan Model Smart. Beliau menjalani ujian pemilihan Sistem Pemilihan Bakat Mnet dan menyertai syarikat tersebut. T-ara membuat kemunculan pertama pada 29 Julai 2009 ketika Ji-yeon berumur 16 tahun. Beliau merupakan ahli termuda sehingga Areum diperkenalkan pada bulan Jun 2012 disusuli dengan Dani yang ditambah pada bulan Disember pada tahun yang sama.

Ji-yeon membuat penampilan dalam rancangan KBS, Master of Study sebagai Na Hyun Jung.[8][9] Ji-yeon melakonkan watak utama dalam Death Bell 2: Bloody Camp bersama-sama Yoon Shi-yoon yang dikeluarkan pada bulan Julai 2010.

Pada bulan Ogos 2010, beliau muncul dalam HahaMong Show.[10] Pada bulan Oktober 2010, Ji-yeon menjadi pengacara Show! Music Core (MBC) bersama-sama Suzy (Miss A), Minho dan Onew.

Rujukan

WikiPedia: Park_Ji-yeon http://www.allkpop.com/2010/09/t-aras-jiyeon-has-a... http://tara.ccment.com/tara/index.php http://books.google.com/books?id=etDZAwAAQBAJ http://www.mbk-ent.com/main_tara http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.t-ara-official.com/index.html http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=en... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/art/2010/01/1...