Kajian Pasir

Mikrograf elektron menunjukkan biji pasir.Fotomikrograf bagi biji pasir gunung berapi; gambar atas adalah cahaya kutub-satah, gambar bawah adalah cahaya kutub-bersilang, kotak skala pada kiri tengah adalah 0.25 milimeter.

Kajian mengenai setiap biji mampu mendedahkan banyak maklumat sejarah berkaitan dengan asal dan jenis pasir. Pasir kuartz yang baru luluhhawa dari granite atau kristal kuartz gneiss adalah bersudut. Ia dikenali sebagai grus dalam geografi atau pasir bersegi dalam bidang pembinaan di mana didigemari berbanding konkrit, dan dalam perkebunan di mana ia digunakan sebagi pembaiki tanah bagi melonggarkan tanah berselut. Pasir yang diangkut jarak jauh oleh air dan angin adalah bulat, dengan ciri-ciri pola lelasan pada permukaan pasir. Pasir gurun biasanya bulat.

Mereka yang mengumpulkan pasir sebagai hobi biasanya dikenali sebagai arenophile atau psammophiles.