Kandungan Pasir

Pasir dari Pantar Pismo Beach, California. Kandungan utamanya terdiri daripada kuartz, chert, bagi igneous dan serpihan cengkerag. Skala bar ialah 1.0 mm.Gambar dekat pasir guung berapi dari Perissa, di Santorini, Greece

Kandungan biasa pasir, bertempat di daratan benua dan persisiran pantai bukan tropika , adalah silika (silikon teroksida, atau SiO2), biasanya dalam bentuk kuartz, yang, disebabkan pengun secara kimia dan kekerasannya, merupakan galian paling biasa kalis kepada peluluhawa.

Kandungan pasir amat pelbagai, bergantung kepada sumber batu tempatan dan keadaan. Psir putih cerah yang terdapat di persisiran pantai tropika dan semi-tropika adalah batu kapur terhakis dan mungkin mengandungi batu karang dan serpihan kerangka tambahan kepada bahan hasilan organik atau organik lain.[2] Gubuk pasir gipsum di White Sands National Monument di New Mexico adalah terkenal bagi warna pasir putih berkilauan. Arkose adalah pasir batu pasir dengan sejumlah besar kandungan feldspar, terhasil dari luluhhawa dan hakisan biasanya dari unjuran batu granit berhampiran. Sesetengah pasir mengandungi magnetite, chlorite, glauconite atau gipsum. Pasir kaya dengan magnetite bewarna gelap hingga ke hitam, sama seperti pasir terhasil dari basalt gunung berapi dan obsidian. Pasir mengandungi chlorite-glauconite biasanya bewarna hijau, sebagaimana pasir terhasil dari lava basalt deng kanudngan olivine tinggi. Kebanyakan pasir terutama yang terdapat di Eropah Selatan memiliki cemaran besi dalam kristal kuartz pasir, memberikan warna kuning gelap. Mendakan pasir di sesetengah kawasan mengandungi garnet dan galian tahan lain, termasuk sejumlah kecil batu permata.