Sejarah Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Mexico

Mexico menyertai Piala Dunia pertama pada tahun 1930 tetapi tidak muncul lagi dalam pertandingan sehingga tahun 1950. Sejak 1950 (dibantu oleh kekurangan penyertaan wilayah Amerika Utara), Mexico melayakkan diri untuk enam Piala Dunia berturut-turut, termasuk menjadi tuan rumah pertandingan pada tahun 1970.

Sebelum tahun 1970, Mexico berjuang dengan susah payah apabila dibandingkan dengan pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan, dan hanya memenangi sekali dalam lima pertandingan (pada 1962, dengan kemenangan 3-1 menentang Czechoslovakia). Oleh sebab itu, pasukan ini kekadang dirujuk sebagai "Los Ratones Verdes" ("Tikus Hijau"). Bagaimanapun mereka semakin menampilkan pembaikan yang ketara dengan setiap pertandingan, hanya satu mata dicapai pada 1958, 2 mata pada 1962 dan 1966. Penjaga gol, Antonio Carbajal, merupakan seorang yang unggul kerana menjadi pemain pertama untuk muncul dalam lima Piala Dunia berturut-turut, dan mengasaskan diri sebagai legenda dalam permainan antarabangsa ini. Pemain tengah, Salvador Reyes, bermain dalam pertandingan-pertandingan 1958, 1962 dan 1966.

Pada tahun 1970, Mexico mencapai kejayaan yang cemerlang di negara sendiri. Dimasukkan ke dalam Kumpulan 1, mereka memulakan pertandingan dengan kedudukan seri tanpa mata menentang Republik Soviet, diikuti oleh kemenangan-kemenangan menentang El Salvador (4-0) dan Belgium (1-0). Menghadapi Itali di suku akhir, mereka mulanya menang tetapi akhirnya ditewaskan 4-1.

Malangnya, kemajuan ini tidak dapat dikekalkan dan Mexico gagal melayakkan diri pada tahun 1974 (tidak disangka, Haiti melayakkan diri untuk wilayahnya) tetapi mereka kembali pada tahun 1978 hanya untuk ditewaskan oleh Jerman Barat, Tunisia dan Poland. Hugo Sanchez yang muda bermain dalam pasukan 1978 dan kemudian mencapai kejayaan di Real Madrid. Mereka gagal melayakkan diri pada tahun 1982, tetapi menjadi tuan rumah untuk pertandingan 1986 dan sekali lagi mencapai suku akhir dalam pertandingan tersebut.

Mexico tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pada tahun 1990 kerana didapati memasukkan seorang pemain lewat umur dalam pertandingan kelayakan belia Olimpik CONCACAF bagi Sukan Olimpik 1988 di Guatemala. Sejak itu, Mexico telah melayakkan diri untuk empat Piala Dunia berturut-turut.

Perlawanan Terkini

Bermula dari 1990an, bola sepak Mexico mulai mengalami kejayaan antarabangsa yang konsisten. Saat peruabahan yang paling penting adalah ketika penyertaan mereka dalam Copa America 1993, di mana mereka mengejutkan ramai dengan mendapat tempat kedua dalam penyertaan sulung mereka, kalah tipis kepada Argentina 2-1 di perlawanan akhir. Dirangsang oleh kejayaan tersebut, Mexico meneruskan kecemerlangan mereka dengan memenangi kumpulannya pada Piala Dunia 1994, iaitu "Kumpulan Maut" dimana ia terdiri daripada mereka sendiri, Itali, Ireland, dan Norway. Sungguhpun Mexico tewas akhirnya pada pusingan kedua di tangan Bulgaria, persembahan tersebut memulakan satu siri kejayaan di pentas utama bolasepak, di mana pasukan Mexico juga layak ke pusingan kedua di kedua-dua Piala Dunia 1998 dan Piala Dunia 2002.

Semenjak mendapat Naib Juara di Copa America 1993, Mexico telah kerap menjadi peserta di kejohanan Amerika Selatan itu dan memberi persembahan yang memberangsangkan. Mereka mendapat tempat ketiga pada kejohanan 1997 dan 1999 dan sekali lagi tempat kedua pada 2001. Malah, Mexica tidak pernah gagal untuk sampai ke peringkat suku akhir Copa America dan dua kali mempunyai penjaring terbanyak kejohanan, Luis Garcia pada 1995 (berkongsi gelaran tersebut dengan Gabriel Batistuta) dan Luis Hernandez pada 1997. Kejayaan yang mengejutkan pasukan ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1990 apabila Mexico menganjurkan dan menjuarai Piala Konfederasi FIFA 1999. Mexico memenangi trofi kejohanan FIFA rasmi pertamanya dengan menewaskan Brazil, dalam perlawanan akhir yang menarik dengan berkeputusan 4-3. Bintang Mexico, Cuauhtemoc Blanco, berkongsi gelaran Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dengan seorang lagi bakal bintang Brazil, Ronaldinho.

Pada dekad 2000, Amerika Syarikat telah terbukti menjadi pencabar kepada dominsai Mexico dalam bola sepak peringkat benua, dengan memenangi Piala Emas 2002 dan menyingkirkan Mexico daripada pusingan kedua di Piala Dunia FIFA 2002. Sungguhpun mengalami kekalahan yang mengecewakan itu, Mexico sekali lagi menganjurkan Piala Emas pada 2003. Malah, Mexico membalas dendam ke atas Amerika Syarikat dengan menyingkirkan mereka pada kelayakan untuk Sukan Olimpik 2004. Bagaimanapun, pada kejohanan Piala Emas 2005, Mexico mengalami kekecewaan apabila tersingkir pada peringkat awal, di mana mereka disingkirkan oleh tetamu Colombia di peringkat suku akhir dengan gol liar apabila perlawanan berbaki lima belas minit lagi.

Kenaikan serentak Amerika Syarikat dan Mexico di arena antarabangsa telah membantu melonjakkan status rantau CONCACAF. Apa yang lebih penting, ia telah membentuk permusuhan yang semula jadi yang membantu perkembangan kedua-dua pasukan kebangsaan itu. Malah, Mexico dan Amerika Syarikat bersaing sengit sewaktu kelayakan untuk Piala Dunia 2006. Mexico mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 di Bandar Mexico pada 27 Mac 2005. Pasukan Amerika kemudiannya membalas dendam dengan menumpaskan Mexico 2-0 di Colombus, Ohio, pada 3 September 2005. justeru menempah tempat mereka di Jerman. Sungguhpun begitu, Mexico mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia empat hari kemudiannya dengan menewaskan Panama 5-0 di Bandar Mexico. Akhirnya, kedua-dua negara menghabiskan kempen kelayakan mereka dengan rekod yang serupa, 7-1-2, dengan Amerika Syarikat mendapat sedikit kelebihan di atas perbezaaan gol.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Mexico http://www.espn.com/soccer/mexico/story/3498297/ra... http://www.espn.com/soccer/mexico/story/3508347/sa... http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/lastrank... http://www.rsssf.com/tablesm/mex-intres.html http://www.thefifaworldcups.com/worldcups/Country-... http://www.thefifaworldcups.com/worldcups/Country-... http://www.thefifaworldcups.com/worldcups/Country-... http://www.femexfut.org.mx http://www.eloratings.net/world.html https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-ta...