Biografi Paul_McCartney

James Paul Mccartney dilahirkan pada 18 Jun 1942 di Walton Hospital , Liverpool , England. Ibunya, Mary Patricia (née Mohin; 1909–1956) merupakan seorang jururawat manakala bapanya , James ("Jim") Mccartney (1902-1972) tidak hadir semasa kelahiran anaknya akibat berkerja sebagai bomba sukarelawan dalam perang dunia kedua. Beliau mempunyai seorang adik, Michael (lahir pada 7 January 1944)

Paul telah menghadiri Stockton Wood Road Primary School di Speke dari 1947 hingga 1949, apabila beliau telah ditukarkan ke Joseph Williams Junior School di Belle Vale. Pada 1953, beliau bersama-sama tiga murid yang lain telah memenangi tempat di Liverpool Institution , sebuah sekolah grammar selepas melepasi peperiksaan 11-plus di sekolahnya. Pada 1954, beliau mengenali George Harrison di dalam bas dari rumahnya di Speke dan mereka segera manjadi kawan.

ibunya, Mary ialah seorang bidan dan makan gaji utama keluarga. Pendapatan beliau membolehkan mereka untuk berpindah ke pelbagai tempat, termasuklah ke tingkat bawah di 75 Sir Thomas White Gardens, 72 Western Avenue di Speke ,dan 12 Ardwick Road(di Speke). Ibunya ingin memberikan ketenteraman yang paling baik untuk anak-anaknya dan sering berpindah-randah. Keluarga mereka akhirnya berpindah ke 20 Forthlin Road di Allerton, di mana keluarga beliau hidup sehingga 1964. Pada Oktober 1953, apabila Mccartney berusia 14 tahun, ibunya meninggal akibat embolik.

Bapa Mccartney merupakan seorang permain sangkakala dan piano yang telah menubuhkan kumpulan Jim Mac's Jazz Band dalam 1920-an. Bapanya mepunyai sebuah piano upright di ruang tamu mereka yang memberikan inspirasi kepada paul untuk menjadi seorang yang berminat dalam bidang muzik dan juga menyarannya untuk mengambil kelas piano, tetapi Paul lebih suka bermain melalui telinganya. Bapanya juga memberikan sangkakala yang bersaduran nikel untuk hari jadi ke-14 beliau tetapi beliau telah menjualkannya bagi membelikan sebuah gitar akoustik Framus Zenith (modal 17) untuk £15 kerana beliau ingin menyanyi sambil bermainkannya. Walau bagaimanapun, beliau mendapati ia amat susah untuk bermainkan gitarnya dengan tangan kanannya, tetapi selepas melihat persembahan Slim Whitman melalui iklan, beliau menyedari Whitman bermain dengan tangan kirinya, yang menyebabkan McCartney menukarkan tali gitarnya secara terbalik.

McCartney menulis lagu pertamanya, "I Lost My Little Girl" dengan gitar Zenith-nya yang telah mencipta tune yang lalu bertukar kepada salah satu lagu kumupulan muziknya pada masa depan, The Beatles iaitu "When I'm Sixty-Four" bagi piano. Beliau amat menyukai lagu Amerika Syarikat genre R&B(rhythm and blues) dan lagu Little Richard, yang merupakan idolanya apabila beliau masih bersekolah. Lagu "Long Tall Sally" merupakan lagu pertama McCartney mempersembahkan kepada awam dalam pertandingan bakat kem cutinya di Butlins.