Kerjaya Paul_McCartney

1957–60: The Quarrymen

Pada usia 15 tahun , Mccartney berkenalan dengan Lennon bersama-sama kumpulan muziknya, The Quarrymen di St Peter's Church Hall fête di Woolton pada 6 July 1957. kumpulan mereka turut menjemput Mccartney untuk menyertai kumpulan muzik mereka sebagai seorang permain gitar rancak dan selepas perjumpaan itu, persahabatan Mccartney dan Lennon bertambah erat. Harrison menyertai pada 1958 sebagai permain gitar utama, diikuti oleh Stuart Sutcliffe sebagai permain bass pada tahun 1960. Pada Mei 1960, kumpulan muzik itu mempunyai pelbagai nama termasuklah, Beatals, Johnny and the Moondogs and the Silver Beetles. Mereka juga menggunakan nama The Beatles pada Ogos 1960 dan menjemput permain drum, Pete Best di Hamburg.

1960–70: The Beatles

artikel utama: the beatles

Pada 1961, Sutcliffe meninggalkan kumpulan muzik mereka dan Mccartney pula mengambil bahagian untuk menggantikan dia sebagai permain bass. Mereka, sebagai kumpulan muzik, The Beatles , telah rekord secara profesional pada kali pertama di Hamburg dan dikreditkan sebagai The Beat Brothers, dan permain sebelahan penyanyi Inggeris Tony Sheridan untuk lagu , "My Bonnie".

Kaedah ini membawa perhatian kepada Brian Epstein, pembawa kejayaan mereka pada masa depan. Epstein turut menjadi pengurus mereka pada Januari 1962. Dengan itu, Ringo Starr mengantikkan Best pada Ogos itu juga. Dalam bulan Oktober pula, lagu mereka , "Love Me Do" merupakan hit pertama mereka dengan tempat ke-17 dalam lingkungan UK Singles Chart pada 1962 dan bersama-sama dengan US pula setahun nanti dengan tempat pertama dalam US Billbord Hot 100 Charts.

Kebangkitan mereka dalam bidang muzik juga menyumbang kepada "Beatlemania" yang semakin berleluasa pada zaman itu. Peminat dan pelapor akhbar mengenali Paul sebagai "Beatle yang comel" ; walau bagaimanapun beliau tidak suka dipanggil sebegitu.[1]

Pada Ogos 1965, The Beatles telah mengeluarkan lagu dikomposi McCartney iaitu "Yesterday", yang mempunyai ciri-ciri string quartet dalam lagunya dan dikeluarkan dalam album Help! LP, lagu ni jufa merupakan lagu pertama kumpulan mereka menggunakan elemen alat permainan klasik dan rekord yang mengandungi satu ahli sahaja. Selain itu, lagu "Yesterday" merupakan antara lagu yang paling dinyanyikan oleh orang ramai dalam sejarah muzik ini.