Pavlova
Pavlova

Pavlova

Pavlova (disebut [pav.lo.va], bahasa Māori: paherowa[1]) adalah pencuci mulut berasaskan meringue berkerak rangup dan isi dalam yang lembut ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar.[2]. Ia dinamakan sempena Anna Pavlova, seorang penari balet dari Rusia.[3] sempena suatu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.[2]Hidangan ini sangat popular dan diiktiraf kedua-dua penduduk Australia dan New Zealand yang sering menyajikan ia semasa perayaan dan percutian pada masa musim panas termasuk pada waktu Krismas (sepertimana yang lazim di iklim Hemisfera Selatan), namun ia juga dimakan sepanjang tahun di banyak tempat di Australia dan New Zealand.[2]Muasal penciptaannya dipertelingkahkan hebat antara kedua-dua negara ini selama bertahun-tahun. Pada tahun 2008, Helen Leach menerbitkan The Pavlova Story: A Slice of New Zealand's Culinary History (Kisah Pavlova: Sehiris Sejarah Kulinari New Zealand) menghujahkan bahawa resipi paling awal diterbitkan di New Zealand.[2] Kajian kemudian oleh Andrew Wood dan Annabelle Utrecht mencadangkan pencuci mulut ini berasal dari Amerika Syarikat berdasarkan suatu hidangan Jerman sebelumnya.[4]

Rujukan

WikiPedia: Pavlova http://www.foodtolove.com.au/recipes/traditional-p... http://www.goodfood.com.au/good-food/food-news/pav... http://nla.gov.au/nla.news-article3969695 http://nla.gov.au/nla.news-article52262837 http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/86551758 http://abc.net.au/gnt/history/Transcripts/s1188249... http://blogs.abc.net.au/files/pav-research-glen-ra... http://www.elise.com/recipes/archives/004356pavlov... http://www.inmamaskitchen.com/FOOD_IS_ART/pavlova_... http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html