Plot Pekak_(filem)

Uda (Zahiril Adzim) merupakan seorang pemuda OKU yang pekak. Dia bekerja di bawah pusher (Joe Flizzow) sebagai penjual dadah. Dia ingin mendengar semula dengan mengumpul duit hasil jualan dadahnya untuk digunakan untuk membuat pembedahan. Dia tinggal di sebuah bilik di sebuah rumah pangsa yang berjirankan pasangan yang bermasalah. Dek kerana terlalu ingin mendengar semula, setiap petang, dia akan ke tepi laluan kereta api untuk menikmati angin dan gegaran kereta api. Sebelum tidur pula, dia akan mendengar lagu Rintihan Hati hasil nyanyian Othman Hamzah. Dara (Sharifah Amani) pula seorang gadis yang masih bersekolah menengah dan bermasalah, hasil pergaulannya dengan Melur (Sharifah Sakinah). Bapa Dara (Zaidi Omar), seorang pengawal keselamatan, sering bekerja pada waktu malam, menyebabkan Dara kurang perhatian daripada bapanya. Dara dan Melur sering ponteng sekolah kerana Melur ingin berhibur bersama dengan teman lelakinya, Azman (Amerul Affendi), seorang artis jalanan dan penghisap dadah.

Pada satu hari, ketika Dara ponteng sekolah bersama-sama dengan Melur, mereka telah berkongsi lif dengan Uda, yang ketika itu pergi menghantar dadah kepada Azman. Uda ternampak Dara mendengar lagu kesukaannya, Rintihan Hati di MP3. Uda mula jatuh hati dengan Dara. Namun begitu, Dara mempunyai teman lelakinya yang tersendiri, Kamil (Iedil Putra), saudara Azman yang berkelulusan dari luar negara dan kaya raya. Kamil sentiasa mencuba untuk menodai Dara tetapi tidak berjaya. Hal ini menyebabkan Kamil meminta bantuan daripada Azman dan Melur. Kamil menganjurkan sebuah parti untuk memudahkan misinya untuk menodai Dara. Melur dan Dara menipu bapa Dara bahawa mereka akan mengaji ketika bapa Dara keluar bekerja. Sebaliknya, mereka keluar rumah ditemani Azman untuk ke parti Kamil.

Uda menghantar dadah ke rumah Kamil atas permintaan Azman. Ketika di sana, baju Dara koyak kerana terlalu ketat. Kamil memberi air yang diisi dadah kepada Dara dan Melur. Dara, yang tidak biasa dengan pengaruh dadah, bergaul dengan Uda yang teruja dapat berjumpa semula dengan Dara. Kamil cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Dara, tetapi Dara memuntahi baju Kamil. Dara berlari keluar rumah dan Uda menawarkannya perjalanan pulang ke rumah. Dara menerima pelawaan tersebut dan mereka pulang ke rumah Dara. Dara mula mengenal nama Uda dan cuba meminta nombor telefon Dara.

Bapa Dara memukul kepala Uda menyebabkan dirinya pengsan. Bapa Dara memarahi Dara kerana menipu dirinya. Bapa Dara mulai bimbang Dara akan mengikut jejak langkah ibunya. Melur dan Dara ponteng sekolah lagi keesokkannya. Dek kerana bosan dengan kerenah Melur dengan Azman, Dara pergi menonton filem dengan Uda. Selepas menonton filem, Uda mendapat permintaan penghantaran dadah daripada Azman. Azman ketika itu sedang berbincang dengan Kamil tentang parti sambutan hari lahir Azman untuk meneruskan misinya menodai Dara yang gagal sebelum ini. Dara mengetahui tentang pekerjaan sebenar Uda yang menjual dadah dan memarahi Uda. Uda meminta tambahan tiga hari lagi agar dia dapat mengumpul wang yang cukup untuk membuat pembedahan. Selepas tiga hari, Uda berjaya mengumpul wang secukupnya dan membuat pembedahan tersebut.

Parti sambutan hari lahir Azman telah dilakukan di rumah Kamil. Uda, seperti biasa, menghantar dadah ke rumah Kamil atas permintaan Azman. Dadah tersebut digunakan Kamil untuk memengsankan Dara. Dara pengsan dan dia dibawa ke bilik Kamil oleh Azman. Azman, di bawah pengaruh dadah, mulai khayal dan telah memukul serta menodai Dara. Kamil membatalkan parti sambutan tersebut dan telah mencampakkan Dara di hadapan Pejabat Kecemasan Hospital. Bapa Dara kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Dara dan menuduh Uda yang menyebabkan kecederaan ini. Dara mulai nazak.

Uda yang berasa marah pergi ke rumah Kamil untuk mencari pemerkosa Dara. Kamil meminta dia untuk melupakan apa yang telah berlaku. Dia juga mendedahkan bahawa Azman yang telah memerkosa Dara. Tertekan kerana gagal untuk menodai Dara, Kamil mulai menghisap dadah juga. Uda pergi ke rumah Azman. Ketika dia cuba bergaduh dengan Azman, Melur memasuki rumah Azman dan memarahinya kerana mencederakan Dara. Dara memukul Azman dengan menggunakan karya seninya yang membunuh Azman. Uda pula pergi ke tepi laluan kereta api, mengingkari arahan doktornya yang menegah dia daripada pergi ke tempat yang berbunyi bising. Dara pula mulai sedar daripada komanya.

Rujukan

WikiPedia: Pekak_(filem) http://www.dailyseni.com/v4/pekak/ http://www.dailyseni.com/v4/review-risque-gut-wren... http://ehgosheep.com/ulasan-filem-pekak-riuh-ghair... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://www.imdb.com/title/tt4810104/ http://www.rotikaya.com/zahiril-adzim-berguru-deng... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.thevocket.com/review-filem-pekak-2016/ http://www.timeout.com/kuala-lumpur/film/pekak-fil...