Keluaran Pekak_(filem)

Tayangan

Filem ini telah ditayangkan di Marché du Film di Cannes pada Mei 2016.[6] Treler filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 30 Jun 2016. Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 9 Ogos 2016 di Pitching Centre Platinum Sentral, KL Sentral[7] manakala tayangan umum dilakukan pada 1 September 2016. Filem ini telah diharamkan di Brunei kerana unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam filem ini.[8]

Ulasan

Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Deric Ect daripada portal hiburan, The Daily Seni telah memberi skor 4/4 bagi filem ini.[9] Dennis Chua daripada New Straits Times pula mengulas filem ini sebagai "...satu pengalaman yang memukau..."[10] Haryati Karim daripada KOSMO! pula mengangkat filem ini sebagai "...sebuah karya yang indah seninya." [11] Sinar Harian pula menganggap filem ini sebagai "...sebuah karya yang berani."[12] Portal kehidupan, The Vocket memberi skor 7.5/10 untuk filem ini.[13] Angelin Yeoh daripada The Star telah memberi skor 7/10 untuk filem ini.[14] Shazwan Zulkiffli daripada portal kehidupan, The Level pula memberi skor 6.5/10 untuk filem ini.[15] Kon Wai Yeng daripada majalah kehidupan, Time Out, telah memuji lakonan pelakon utama, Zahiril Adzim [16] dengan portal hiburan Ehgosheep.com mengakui akan terkejut sekirannya dia tidak dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM).[17]

Rujukan

WikiPedia: Pekak_(filem) http://www.dailyseni.com/v4/pekak/ http://www.dailyseni.com/v4/review-risque-gut-wren... http://ehgosheep.com/ulasan-filem-pekak-riuh-ghair... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://www.imdb.com/title/tt4810104/ http://www.rotikaya.com/zahiril-adzim-berguru-deng... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.thevocket.com/review-filem-pekak-2016/ http://www.timeout.com/kuala-lumpur/film/pekak-fil...