Pelantikan_Joe_Biden
Pelantikan_Joe_Biden

Pelantikan_Joe_Biden

Pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 akan menandakan bermulanya tempoh jawatan selama empat tahun Joe Biden sebagai presiden dan Kamala Harris sebagai naib presiden. Upacara umum dijangka akan diadakan pada Rabu, 20 Januari 2021, di perkarangan barat Bangunan Capitol di Washington, D.C. Peristiwa ini akan menjadi pelantikan Presiden ke-59. Biden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada hari itu, dan Harris akan mengangkat sumpah sebagai naib presiden sebagai naib presiden. Ia dijadualkan akan diadakan secara terhad kerana pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat.[1] Tindakan kesihatan masyarakat seperti wajib memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, dan penjarakkan sosial berkemungkinan besar akan digunakan untuk upacara tersebut.[2]Petikan "Demokrasi Kami yang Bertekad: Menempa Persatuan yang Lebih Sempurna", rujukan pada Pembukaan Perlembagaan Amerika Syarikat, akan menjadi tema pengukuhan.

Pelantikan_Joe_Biden

Hadirin Joseph Robinette Biden Jr.
Presiden Amerika Syarikat ke-46
— bakal berkhidmat
John Glover Roberts Jr.
Ketua Mahkamah Agung Amerika Syarikat
— angkat sumpah jawatan
Kamala Devi Harris
Wakil Presiden Amerika Syarikat ke-49
— bakal berkhidmat
(akan diumumkan)
Hakim Agung Amerika Syarikat
— angkat sumpah jawatan
Dianjurkan oleh Jawatan Kongres Gabungan mengenai Upacara Pelantikan (Joint Committee on Inaugural Ceremonies).
Tarikh 20 Januari 2021 (2021-01-20)
Lokasi Bangunan Capitol,
Washington, D.C., Amerika Syarikat
Laman web Pelantikan Presiden ke-59