Pembangunan_perisian

Pembangunan perisian merupakan terjemahan keperluan pengguna atau matlamat pemasaran kepada keluaran perisian.[1][2] Pembangunan perisian kadang kala difahami sebagai merangkumi proses kejuruteraan perisian (software engineering) digabung dengan penyelidikan dan matlamat pemasaran perisian bagi membangunkan keluaran perisian komputer (computer software).[3] Ini berbeza dengan pemasaran perisian, yang mungkin atau tidak membabitkan pembangunan keluaran baru. Adalah sukar untuk mengasingkan sama ada kejuruteraan atau pemasaran yang lebih bertanggung jawab bagi kejayaan atau kegagalan keluaran perisian bagi memenuhi jangkaan pelanggan. Oleh itu adalah penting bagi memahami kedua-dua proses dan/atau membantu kerjasama antara kedua jurutera dan pemasaran dalam proses pembangunan perisian keseluruhan. Kepentingan kejuruteraan dan pemasaran seringkali diimbangkan dalam bentuk pengurus projek yang mungkin menggunakan atau tidak menggunakan gelaran tersebut. Pembabitan pemasaran juga dikenali sebagai analisa keperluan perisian (software requirements analysis).[4] Oleh kerana pembangunan perisian mungkin membabitkan tolak-ansur atau melampaui apa yang diperlukan oleh pelanggan, projek pembangunan perisian mungkin terbabas kepada proses yang biasanya tidak dikaitkan dengan kejuruteraan seperti penyelidikan pasaran, sumber manusia, pengurusan risiko, harta intelek, belanjawan, pengurusan krisis, dll. Proses ini juga mungkin menyebabkan peranan pembangunan perniagaan bertindan dengan pembangunan perisian.Dalam buku "Great Software Debates", Alan M. Davis menyatakan dalam bab "Requirements", subbab "The Missing Piece of Software Development":