Pembantah_ikut_naluri

Pembantah ikut naluri (Inggeris: conscientious objector) atau singkatannya PIN merujuk kepada individu yang tidak mahu menjadi kombatan dalam angkatan tentera. Antara punca mereka bertindak sebegitu antaranya disebabkan kepercayaan agama, kepercayaan etika dan moral untuk tidak membunuh manusia atau pasifisme. Menurut sejarah, terdapat banyak cara yang diambil bagi mengendalikan PIN. Ada di antara negara akan menahan atau mengendakan denda kepada anggota tentera PIN. Ada juga yang bertindak membunuh mereka. Namun, selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan negara Barat mencipta perkhidmatan bukan ketenteraan alternatif sebagai alternatif buat pengikut pasifisme.Pada tahun 2013, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dan Kesatuan Eropah mengiktiraf hak pembantah ikut naluri sebagai salah satu asas hak asasi.