Pertempuran Pembebasan_Paris

19–23 Ogos: Serangan Pasukan Dalaman Perancis

Pada tanggal 10 Ogos 1944, Pasukan Dalaman Perancis mengimbau para pegawai administrasi Paris dari institusi PTT, Gendarmerie dan Kepolisian Paris untuk melakukan mogok kerja. Tindakan mogok ini dikecam pihak Jerman yang mula merampas senjata milik pihak polis Paris pada 13 Ogos. Kemogokan ini berleluasa ke seluruh bahagian kota Paris dalam masa lima hari; kilang-kilang dalamkota tersebut segera dikerumuni orang ramai yang menghentikan pekerjaan di dalamnya manakala sebahagian penjenayah yang ditahan pihak Nazi turut terlepas dek kelam-kabut ini

FFI segera menampal poster serata Paris - poster-poster ditandantangani komander pasukan ini, Henri Rol-Tanguy, menyeru pihak polis kota, Garde Republicaine, Gendarmerie, Garde Mobile, Groupe mobile de réserve dan sesiapa sahaja "yang mampu mengangkat senjata" untuk menyertai mereka "berjuang menentang penjajah" sambil menjamin bahawa "pembelot [yakni anggota dan penyokong rejim Vichy] akan diusir keluar". Pada pagi 19 Ogos, FFI dan warga awam kota mendirikan halangan sepanjang jalan kota Paris. Penduduk Paris segera menyerang tentera Jerman di jalanan kota menjadikan keadaan sekeliling kucar-kacir.[10]

Pada tanggal 20 Ogos, markas besar FFI didirikan di bawah tanah Place Denfert-Rochereau. Markas-markas polis dikuasai oleh FFI dan pemberontakan meluas hingga ke wilayah pinggiran. Pada hari yang sama, Rol-Tanguy memerintahkan Alexandre Parodi (delegasi umum Pemerintahan Sementara Republik Perancis) agar melantik setiausaha umum yang dijangka akan mengambil alih fungsi kementerian negara.[11]

Untuk mencegah penghancuran kota Paris secara terpaksa oleh Wehrmacht, von Choltitz mengusulkan gencatan senjata dengan pihak FFI yang berlaku hingga tanggal 23 Ogos 1944, namun usulan ini tidak dihiraukan oleh sebahagian anggota FFI. Von Choltitz enggan menyerah kalah kepada FFI yang bukan tentara reguler. Pada 20 Ogos, FFI mengirim delegasi ke markas tentara AS di luar kota Paris bahwa Paris sedang dalam keadaan kritikal dan von Choltitz tidak bersedia untuk menyerah jika bukan tentara Sekutu sendiri yang mengepung markasnya di Hôtel Meurice. Laporan ini diteruskan kepada Eisenhower yang kemudian bertemu dengan De Gaulle tanggal 21 Ogos 1944. Setelah Eisenhower dan de Gaulle berdiskusi, maka keputusan akhir yang dianggap terbaik bagi semua pihak adalah membebaskan kota Paris secepatnya dan mendirikan pemerintahan de facto di bawah pimpinan de Gaulle. Perintah pembebasan Paris dikuatkuasakan secara rasminya tanggal 23 Ogos 1944 oleh SHAEF, dengan misi pertama memasuki kota Paris.[12]

25 Ogos: Penyerahan kalah pihak Jerman

Meskipun Adolf Hitler berulang kali memberi arahan kepada Choltitz bahawa Paris "tidak boleh jatuh ke tangan musuh melainkan [musuh tersebut mati tersungkur] dalam runtuhan" [nota 2][13], Choltitz segera menyerah diri pada 25 Ogos di Hôtel Meurice. Dia kemudiannya dihantarkan ke Bahagian Polis Paris untuk menandatangani surat penyerahan diri rasmi sebelum ke stsen kereta api di Gare Montparnasse, Montparnasse untuk menandatangai penyerahan diri bagi pihak askar Jerman di Paris di hadapan Jeneral Jacques-Philippe Leclerc. Choltitz ditahan sehingga April 1947.

Pada hari sama penyerahan ini berlaku, Charles de Gaulle selaku Presiden Pemerintah Sementara Republik Perancis berpindah kembali ke dalam bangunan Kementerian Perang di Rue Saint-Dominique. Beliau berucap di hadapan orang ramai dari Hôtel de Ville dengan semangat membaranya:

« Paris outragé ! Paris brisé ! Paris martyrisé ! Mais Paris libéré ! »
["...Paris geram! Paris musnah! Paris keguguran [orang yang berjuang untuknya]! Tapi Paris telah dibebaskan!"]

Georges Bidault, seorang anggota Pemberontak, meminta beliau membuat suatu pengisytiharan Republik sebagai tanda pengesahan kuasa mereka terhadap kawasan Paris yang ditawan mereka; namun de Gaulle enggan sambil berkata dengan tegas: "Republik ini tidak pernah terbubar! Rejim Vichy sentiasa dan selamanya batal dan tidak sah".[nota 3]

26-29 Ogos: Pembukaan Paris

Pada 29 Ogos, Divisyen Infantri Ke-28 Tentera Darat Amerika Syarikat bertolak dari posisi mereka di Bois de Boulogne dalam arakan melalui Avenue Hoche ke Arc de Triomphe sebelum kemudiannya ke Champs Élysées dalam perjalanan ke posisi serangan ditetapkan di timur laut kota; ketibaan divisyen ini disambut meriah oleh para penduduk Paris.[14]

Pihak pembebas mendapati bekalan makanan di sekitar Paris semkin lama semakin kurang sehingga dikhuatiri membawa kepada suatu krisis makanan, lagi-lagi dengan pemusnahan jalan kereta api semasa pertempuran oleh pihak Berikat yang menghalang bekalan sampai pe pihak Nazi serta perampasan bekalan makanan oleh pihak Jerman sendiri, oleh itu pihak Berikat dari United Kingdom dan Amerika Syarikat segera membawa suatu konvoi bekalan makanan; sebanyak 500 tan bekalan makanan dihantar pihak British manakala 500 tan lagi dihantar pihak Amerika Syarikat melalui laluan udara Orleans disertakan juga dengan bawaan ihsan orang awam di luar bandar Paris. Krisis makanan ini selesai ditawan selepas 10 hari.[15]

Meskipun Paris sebagai ibu kota telah dibebaskan, masih berlaku juga pertempuran sengit di seluruh kawasan Perancis lain yang masih dalam pendudukan meskipun setelah berlakunya Operasi Dragoon di selatan Perancis yang berlarutan dari 15 Ogos hingga 14 September 1944. Pertempuran kuat juga ada di Alsace dan Lorraine di sebelah timur dari hujung tahun 1944 sehingga awal tahun 1945.

Rujukan

WikiPedia: Pembebasan_Paris http://www.historynet.com/magazines/world_war_2/30... http://www.choltitz.de/textebilder/index.htm#truem... http://gaminsdulux.fr/ce2cm1/histoire/lib-paris.pd... http://www.liberation-de-paris.gilles-primout.fr/a... http://www.liberation-de-paris.gilles-primout.fr/i... http://www.ordredelaliberation.fr/us_doc/4_2_commu... http://www.radiofrance.fr/reportage/cahiers/cahier... http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/20160296-RB1... http://www.history.army.mil/brochures/normandy/nor... http://www.herodote.net/19440825.htm