Pemberontakan_Mexico

Revolusi Mexico (Bahasa Sepanyol: Revolución mexicana) atau Perang Saudara Mexico (Bahasa Sepanyol: guerra civil mexicana) yang berlangsung antara sekitar tahun 1910 sehingga 1920 disebabkan sebahagiannya oleh percanggahan pendapat yang amat serius di kalangan penduduk Mexico terhadap pemerintahan Presiden Porfirio Díaz. Díaz telah memerintah selama tiga puluh satu tahun, dan dalam tempoh itu, kuasa tertumpu dalam tangan hanya beberapa orang sahaja. Rakyat Mexico tidak berhak menyatakan pendapat mereka atau memilih pegawai kerajaan. Kekayaan juga tertumpu dalam tangan beberapa orang, dan ketidakadilan merebak secara meluas.Pada awal abad ke-20, suatu generasi pemimpin muda yang baru termuncul dan mendesak untuk menyertai arena politik negara mereka. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak dibenarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak ingin melepaskan kuasa. Kumpulan pemimpin muda itu percaya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang betul dalam politik Mexico sebaik sahaja Presiden Díaz mengumumkan bahawa Mexico bersedia untuk pengamalan demokrasi. Walaupun Perlembagaan Mexico menetapkan pilihan raya umum serta institusi-institusi demokrasi yang lain, Díaz dan penyokongnya menggunakan sumber politik dan ekonomi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka bagi tempoh masa yang tidak terhad.Konflik bersenjata yang berikutan menjadi suatu kejadian sosiopolitik paling penting di Mexico serta salah satu langkah pembaharuan terhebat pada abad ke-20;[1] ia membawa kepada suatu perancangan dan reformasi pergerakan sosial di negara tersebut.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pemberontakan_Mexico http://www.angelfire.com/rebellion2/projectmexico/... http://web.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer... http://www.presidentprofiles.com/Grant-Eisenhower/... http://www.getty.edu/research/conducting_research/... http://digitalcollections.smu.edu/cdm/search/colle... http://beinecke.library.yale.edu/digitallibrary/me... http://www.library.yale.edu/beinecke/ http://mexicanhistory.org/MexicanRevolutiontimelin... http://millercenter.org/president/taft/essays/biog... https://sites.smu.edu/cdm/cul/mex/