Mangsa Pembunuhan_Altantuya_Shaariibuu

Biodata Altantuya

Altantuya Shaariibuu yang berusia 28 tahun serta berasal dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.[7]

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah, penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.[8]

Pada 7/8 Oktober 2006, Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai. Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.[9]

Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia.[10]

Keluarga Altantuya

Pada 10 November 2006, Dr Shariibuu Setev (56 tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 6 petang. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang. Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, ketika itu belum diambil lagi. Ketika itu, Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.

Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara.

Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Universiti Nasional Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai "penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi", dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.

Pada 4 Jun 2007, Shariibuu Setev, Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua orang lagi saudaranya bertolak ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan_Altantuya_Shaariibuu http://www.abc.net.au/news/2015-01-21/queensland-r... http://www.aljazeera.com/programmes/101east/2015/0... http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunu... http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/IG12Ae... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.channelnewsasia.com/stories/southeastas... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.iht.com/articles/ap/2008/07/03/asia/AS-...