Pemeluwapan
Pemeluwapan

Pemeluwapan

Pengewapan ataupun kondensasi ialah proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan gas kepada keadaan cecair apabila gas itu disejukkan atau dimampatkan. Ia merupakan proses yang berlawan bagi penyejatan.Apabila disejukkan, tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan. Zarah-zarah gas bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi, zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair.Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan haba. Contoh terbaik ialah air yang dapat dilihat di luar gelas sejuk pada hari yang panas.