Templat:Politik ChinaSepanjang sejarah
Republik Rakyat China, jawatan
panglima tertinggi Angkatan Tentera berubah dari masa ke semasa. Dalam beberapa tempoh, tidak jelas siapa yang menjadi pemerintah tertinggi
Tentera Pembebasan Rakyat. Baru-baru ini,
Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkhidmat sebagai panglima tertinggi Tentera Pembebasan Rakyat. Biasanya penyandang jawatan adalah
Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap
pemimpin agung.Dari tahun 1954 hingga 1968, Pemerintah Tertinggi
de jure Angkatan Tentera adalah
Pengerusi Republik Rakyat China (Presiden), yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pertahanan Negara. Bagaimanapun, struktur pemerintahan yang serupa didalam parti komunis yang dikenali sebagai
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti, yang mana Pengerusinya adalah Pemerintah Tertinggi
de facto Angkatan Tentera. Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (SKP),
Mao Zedong, yang merupakan
Pengerusi Parti Komunis China berkhidmat sebagai pemimpin agung. Pengerusi Majlis Pertahanan Negara termasuk
Liu Shaoqi, yang dari tahun 1959 hingga 1968, merupakan Presiden RRC. Walaupun Presiden adalah pemerintah tertinggi de jure angkatan tentera, namun beliau tetap menjadi orang bawahan Pengerusi SKP.Dari tahun 1975 hingga 1982, ketua angkatan tentera adalah
Pengerusi Parti Komunis China. Ini memberikan kuasa perlembagaan kepada
Pemimpin Parti Komunis China.Dari tahun 1982 ke atas, Pemerintah Tertinggi adalah
Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat. Jawatan ini, bagaimanapun tidak sentiasa memberikan seseorang hak atas pemerintahan tertinggi seperti mana yang berlaku dengan Pengerusi
Hua Guofeng.
Deng Xiaoping dengan berkesan dapat menguasai angkatan tentera sebagai
Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dan Ketua Turus PLA dari tahun 1978-1981.