Sejarah Pemerintah_Tertinggi_Angkatan_Tentera_Diraja_Thai

Sejak tertubuhnya negara Thai yang pertama, Raja selalu memimpin ketumbukannya pergi berperang. Peranan Raja sebagai ketua pahlawan berasal dari konsep Hindu kshatriya (kesatria), dan kemudian banyak dipengaruhi oleh cita-cita chakravartin sebagai pembela empayar. Sejak itu tanggungjawab tentera ini secara tradisinya dipikul oleh setiap raja Thai, tetapi tidak pernah dilaksanakan secara rasmi. Menjelang abad ke-19, dengan pengzahiran formal tentera darat dan tentera laut Thai yang moden pada tahun 1874 dan 1887, penubuhan rantaian pemerintahan yang rasmi adalah perlu. Gelaran Ketua Utama Tentera Darat (จอมทัพบก; Chom Thap Bok) dan Ketua Utama Tentera Laut (จอมทัพเรือ; Chom Thap Ruea) telah diwujudkan pada penghujung era pemerintahan Raja Chulalongkorn untuk dirinya sendiri. Selepas berakhirnya monarki mutlak pada tahun 1932, perlembagaan tetap pertama Siam menetapkan peranan istiadat Ketua Angkatan Tentera Siam (จอมทัพสยาม; Chom Thap Sayam) dalam Perkara 1, Bahagian 5. Semenjak itu Thailand telah memiliki 16 perlembagaan dan gelaran tersebut telah termaktub dalam setiap perlembagaan.

Di bawah sistem berperlembagaan, jawatan Raja selaku ketua angkatan tentera adalah cara bagi monarki untuk lebih rapat dengan angkatan tentera. Raja terlibat dalam aktiviti dan tugas-tugas ketenteraan, termasuk penyampaian panji-panji istiadat, berdasarkan bendera kebangsaan, kepada pelbagai unit angkatan tentera dan penyerahan pedang istiadat kepada semua pegawai graduan akademi tentera. Angkatan tentera meraikan Raja dengan perbarisan tahunan bersempena hari lahir baginda di Plaza Diraja di tengah Bangkok.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pemerintah_Tertinggi_Angkatan_Tentera_Diraja_Thai http://164.115.27.97/digital/items/show/12770 http://www.radc.go.th/index.php/th/2013-09-23-05-2... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2446/03... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2453/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2468/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2468/D/... http://www.ratchakitcha.soc.go.th/DATA/PDF/2468/D/...