Lambang Pemerintahan_beraja_United_Kingdom

Jata diraja United Kingdom merupakan "Mengikut suku, I and IV Tinktur Merah tiga ekor singa sambil lalu mengawal pucat Atau [untuk England]; II Atau seekor singa memberang dalam batas sempit berganda dihiasi fleurs-de-lis Tinktur Merah [untuk Scotland]; III Lazuardi hap Atau Perak bertali [untuk Ireland]".[nota 1] Penyokongnya ialah Singa dan Unikorn; cogan katanya "Dieu et mon droit" (Perancis: "Tuhan dan Hakku"). Mengelilingi perisai ialah perlambangan Garter membawa cogan kata darjah kesateriaan dengan nama yang sama "Honi soit qui mal y pense". (Perancis Kuno: "Malulah kepadanya yang berfikir jahat akannya"). Di Scotland, raja menggunakan bentuk lain lambang berkenaan iaitu suku I dan IV melambangkan Scotland, II England, dan III Ireland. Cogan katanya "In Defens" (singkatan bahasa Scots "In My Defens God Me Defend") dan cogan kata Order of the Thistle; "Nemo me impune lacessit". (Latin: "Tiada siapa memurkaiku bebas daripada hukuman"); penyokongnya ialah unikorn dan singa, yang menyokongi kedua-dua perisai berjata dan tombak, dari sana terkibarnya bendera-bendera Scotland dam England.

Jata Ratu Elizabeth II di United Kingdom. Reka bentuk ini telah digunakan sejak Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837, menampilkan lambang England di suku pertama dan keempat, Scotland di suku kedua, dan Ireland di suku ketiga. Di Scotland, versi berasingan jata ini digunakan (ditunjuk di kanan) yang dengannya Lambang Scotland diberi keutamaan.

Panji-panji rasmi baginda raja pemerintah di United Kingdom ialah Panji-panji Diraja, yang menggambarkan Lambang Diraja dalam bentuk panji-panji. Panji-panji ini hanya dikibarkan pada bangunan, kapal dan kenderaan apabila baginda Raja mencemar duli pada ketika itu.[13] Panji-panji Diraja tidak boleh dikibarkan separuh tiang kerana raja pemerintah sentiasa ada bersemayam di takhta singgahsana kerajaan: apabila baginda raja mangkat, pengganti baginda akan menjadi raja pemerintah dengan serta-merta.[14]

  • Panji-panji Diraja United Kingdom: Panji-panji rasmi raja
  • Panji-panji Diraja United Kingdom digunakan di Scotland

Apabila raja pemerintah tidak bersemeyam di tempat persemayaman, Bendera Kesatuan dikibarkan di Istana Buckingham, Istana kota Windsor dan Rumah Sandringham, manakala di Scotland Panji-panji Diraja Scotland dikibarkan di Istana Holyrood dan Istana kota Balmoral.[13]

  • Bendera Kesatuan United Kingdom
  • Panji-panji Diraja Scotland

Rujukan

WikiPedia: Pemerintahan_beraja_United_Kingdom http://www.oxforddnb.com/view/article/12955 http://www.oxforddnb.com/view/article/173 http://www.oxforddnb.com/view/article/17697 http://www.oxforddnb.com/view/article/29451 http://www.oxforddnb.com/view/article/31061 http://www.oxforddnb.com/view/article/33370 http://www.psr.keele.ac.uk/area/uk/ge74b/results.h... http://www.bia.homeoffice.gov.uk/britishcitizenshi... http://www.royal.gov.uk/MonarchUK/QueenandGovernme... http://www.royal.gov.uk/MonarchUK/Symbols/Coinagea...