Pemfrancaisan

Pemfrancaisan atau pewaralabaan ditakrifkan sebagai amalan pengunaan hak atau kebenaran yang diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kepada pengusaha untuk memasarkan barangannya atau perkhidmatan (model perniagaan) yang diasaskannya[1] — yakni francais atau waralaba — dalam suatu tempoh yang ditetapkan.Istilah francais yang lebih digunakan di Malaysia dan Singapura ialah kata pinjaman bahasa Inggeris franchise - ia datang daripada istilah Inggeris-Perancis franc iaitu "bebas"[2] lebih merujuk kepada sifat pemeruntukkan barang dagangan ia untuk diusahakan pengusaha yang memohon izin penjualan secara bersyarat; istilah waralaba yang lebih dipakai di Indonesia pula[3] atas padannan asal hasil gabungan kata wara yang bermaksud "lebih" dan laba yang bererti "keuntungan".[4][5][6]