Pendudukan Jerman ke atas Norway
Pendudukan Jerman ke atas Norway

Pendudukan Jerman ke atas Norway

Pendudukan Norway oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua bermula pada 9 April 1940 selepas Operasi Weserübung. Penentangan bersenjata konvensional terhadap Pencerobohan Jerman berakhir pada 10 Jun 1940 dan Jerman Nazi menguasai Norway sehingga penyerahan kalah tentera Jerman di Eropah pada 8/9 Mei 1945. Sepanjang tempoh ini, Norway terus dijajah oleh Wehrmacht. Pemerintahan awam secara efektif di pegang oleh Reichskommissariat Norwegen (Komisariat Reich Norway), yang bekerjasama dengan kerajaan boneka pro-Jerman, iaitu Rejim Quisling, manakala Raja Norway Haakon VII dan kerajaan sebelum perang melarikan diri ke London, dimana mereka membentuk sebuah kerajaan buangan. Tempoh pendudukan tentera ini, di Norway, dirujuk sebagai "tahun perang” atau "zaman pendudukan".