Penyiasatan Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia

Pada hari kejadian, satu mesyuarat telah diadakan di Kiev di antara Kumpulan Hubungan Tiga Hala (Trilateral Contact Group) yang terdiri daripada wakil-wakil atasan Ukraine, Rusia dan Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dengan wakil kumpulan gerakan pemisah di Donetsk yang dihubungi melalui sidang video. Dalam mesyuarat ini, wakil gerakan pemisah telah mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyiasat hal kemalangan ini.[30] Namun, pada 18 Julai, kumpulan pemisah tersebut tidak membenarkan OSCE untuk memasuki kawasan tempat kejadian. Sekumpulan 15 peninjau telah melawat kawasan nahas, tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan kerja mereka, dan mereka meninggalkan tempat kejadian 75 minit kemudian.[31] Menurut Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, semua bahan bukti telah dirampas oleh kumpulan pemisah, dan kumpulan Khidmat Kecemasan Negeri "bekerja dengan diacukan senapang".[32]

Pada 18 Julai, dilaporkan kotak hitam MH17 telah ditemui oleh kumpulan pemisah.[33]

Pada 21 Julai, Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak menyatakan beliau telah diberitahu oleh Alexander Borodai, pemimpin Republik Rakyat Donetsk, yang kedua-dua kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.[34][35] Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit itu diserahkan kemudian di Donetsk. Pasukan Malaysia melaporkan kedua-dua perakam berada "dalam keadaan baik".[36]

Punca

Imej satelit disampaikan oleh Rusia Kementerian Pertahanan pada taklimat media mengenai kemalangan MH17. Didakwa diambil beberapa jam sebelum kemalangan itu, di laluan pesawat. Dua "Buk-M1" kenderaan ditanda serta sebuah kereta perisai di kawasan kampung Zaroshchenske.Sistem misil Buk, yang dikatakan telah menjatuhkan MH17

Penerbangan 17 berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh sistem misil Buk, namun tidak ada pihak – sama ada kumpulan gerakan pemisah, tentera Ukraine atau Rusia – yang mengaku terlibat dengan insiden ini. Beberapa sumber mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan gerakan pemisah, berdasarkan satu pos yang telah ditulis oleh Igor Girkin, komander Militia Penduduk Donbass, di laman sesawang VKontakte, di mana beliau mengatakan yang mereka "telah memberi amaran – jangan terbang di 'langit kami'". Pos tersebut menyebut tentang sebuah AN-26, kapal terbang pengangkut milik tentera Ukraine, yang telah ditembak jatuh dan terhempas berdekatan sebuah lombong di Torez, bandar di mana MH17 terhempas. Pos ini dipadam apabila Strelkov mengetahui bahawa pesawat yang ditembak itu bukan pesawat tentera, tetapi adalah pesawat komersial.[37][38] Pusat Media Krisis Ukraine mengatakan bahawa kumpulan pemisah mungkin telah tersalah anggap MH17 sebagai pesawat tentera Ukraine.[38]

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia http://www.bendigoadvertiser.com.au/story/2426085/... http://www.theaustralian.com.au/in-depth/mh17/aust... http://www.cbc.ca/news/world/malaysia-airlines-fli... http://news.sina.com.cn/w/2014-07-18/170430543109.... http://www.aljazeera.com/news/europe/2014/07/repor... http://www.bbc.com/news/world-europe-28411225 http://www.bbc.com/news/world-europe-28413467 http://www.cnbc.com/id/101838653 http://edition.cnn.com/2014/03/27/world/asia/malay... http://www.flightradar24.com/data/flights/mh17/