Penerbangan_235_TransAsia_Airways
Penerbangan_235_TransAsia_Airways

Penerbangan_235_TransAsia_Airways

Penerbangan 235 TransAsia Airways (GE235/TNA235) ialah satu penerbangan dalam negara yang terhempas ke dalam Sungai Keelung pada jam 10:55 waktu tempatan (UTC+8) pada 4 Februari 2015 sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan, 5.4 kilometer ke barat. Penerbangan TransAsia Airways yang beroperasi dengan pesawat ATR 72-600 berusia sepuluh bulan, terbang dari Taipei ke Kinmen (Quemoy) dengan 53 orang penumpang dan 5 anak kapal. Lima belas mangsa telah diselamatkan.[6]Dua init selepas berlepas, juruterbang melaporkan terdapat api pada enjin bebaling turbo di sisi kiri pesawat. Penerbangan 235 terbang menaik kepada ketinggian maksimum 1,050 kaki (320 m) sebelum ia turun. Sebelum berlakunya impak di sngai, ia menyerong ke kiri dan berlanggar dengan jejambat Huandong dan sebuah teksi, dengan sayapnya.[3][7] Kejadian ini merupakan kemalangan maut kedua yang melibatkan pesawat ATR TransAsia Airways dalam masa setahun selepas kejadian yang berlaku pada Penerbangan 222.[8]

Penerbangan_235_TransAsia_Airways

Tarikh 4 Februari 2015 (2015-02-04)
Kematian Sekurang-kurangnya 38[3][4]
Pendaftaran B-22816
Destinasi Lapangan Terbang Kinmen, Kinmen, Taiwan
Jenis pesawat ATR 72-600
Kecederaan 17 (15 dalam kapal terbang, 2 di daratan) [2]
Ringkasan Terhempas selepas berlepas, kebakaran pada enjin, kini dalam siasatan
Asal penerbangan Lapangan Terbang Songshan Taipei, Songshan, Taipei, Taiwan
Penumpang 53[1]
Anak kapal 5
Terselamat 15[5]
Pengendali TransAsia Airways
Tempat Sungai Keelung, Taipei, Taiwan
25°03′48″N 121°37′04″E / 25.06333°N 121.61778°E / 25.06333; 121.61778Koordinat: 25°03′48″N 121°37′04″E / 25.06333°N 121.61778°E / 25.06333; 121.61778

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan_235_TransAsia_Airways http://news.sina.com.cn/c/2015-02-04/130131481078.... http://avherald.com/h?article=48145bb3&opt=0 http://www.bbc.com/news/business-31125052 http://www.cnn.com/2015/02/03/world/taiwan-plane-c... http://www.nytimes.com/2015/02/05/world/asia/small... http://www.straitstimes.com/news/asia/east-asia/st... //news.yahoo.com/taiwanese-plane-53-passengers-cra... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://www.caa.gov.tw/big5/news/index01.asp?sno=77... https://www.youtube.com/watch?v=tfKNfIM8yaU